20 August 2013

delima...

assalamualaikum...

selamat pagi semua, sudah sarapan?? Inshaa allah kita berpuasa hari ini, nak cerita apa pun tahu kat dalam blog kesayanganku ini tau...selak punya selak kat album hp ni jumpa la gambar ni ambik minggu yang lepas...jom kawan-kawan tengok taman sedepa kat rumahku  itu...serabut jer kannn...

tak ada pun tamam pokok berbunga yang ada tanam pokok yang berdaun hijau jer...sebab suka tengok bila ditiup angin daun dia tu akan bergoyang-goyang dan melambai-lambai...indahnya...

jom tengok ni...tadaaa...kenalkan buah apa ni...alhamdulillah sudah berbuah dan boleh dimakan hasilnya...walaupun hidup tak sesubur mana,tapi banyak buahnya...alhamdulillah...


RAHSIA BUAH DELIMA DI DALAM AL-QURAN

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Frman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;

“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang meng­hijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tan dan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

10 comments:

  1. Tidak rugi berbudi pada tanah, kan? :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada taman sendiri kakain. Dekat kg merasa gak buah delima pokok sendiri kalau kat bandar nie semuanya kena beli.

    ReplyDelete
  3. bestnya ada tanam delima. bukan senang nak dapat delima ni

    ReplyDelete
  4. Saya sukaaa buah delima. Nak tanam juga sendiri, tapi selalu takder kat rumah. Takut kiok jer pokok tu nanti.

    ReplyDelete
  5. Buah delima bestnya..kalau dapat yang manis besar2 buahnyaaa

    ReplyDelete
  6. Kak Ain tanam sendirik ke?
    bestnye.. nak carik jugak lah pokok nih.. walaupon rumah zura tuh x de space pon nam tanam.. tapi kalo letak dlm pasu besar boleh kot kan~

    ReplyDelete
  7. dulu kat kampung pun ada tanam delima tapi sekarang dah tak de. pokok dah mati

    ReplyDelete
  8. kalau anak2 nur sakit perut dok ulang toilet...suruh kunyah daun delima..In Shaa Allah baik...

    ReplyDelete
  9. Seronok bila ada tanah kat rumah yehh AN... boleh le bercucuk tanam apa yg patut...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini