Rabu yang bisukah...susah jugak kalau bisu ini,tapi saya ni suka bercerita...kalau macam tu jom kita tengok gambar yang biasa kelihatan disekitar dimasjid Mekah dan Madinah...siapa yang pernah pergi mesti tahukan dan biasa lihat suasana seperti ini...
ini pemandangan ketika di depan kaabah sedang menunggu untuk solat magrib...masa ini dalam pukul 5.55 petang waktu di Mekah kalau di Malaysia lebih kurang dalam pukul 10.55 malam...
suasana santai begini biasa kelihatan di Mekah lebih-lebih lagi di kawasan Masjidil Haram...macam-macam ragam manusia dapat kita lihat disini...jom tengok gambar ini pulak...
dan disini jugak boleh tidur dimana-mana tanpa gangguan dari sesiapa pun...
ini rasanya 3beradik...tidur dengan lena disekitar dataran Masjidil Haram masa ini selepas solat subuh...sungguh nyenyak mereka tidur tanpa dihiraukan orang yang lalu lalang...tersentuh hati melihatnya tanpa tilam dan bantal empuk dan tidak pulak nampak ibu atau bapanya,kuasa Allah tiada pulak terpijak atau tercedera kanak-kanak ini, sebabnya orang ramai akan lalu ditempat ini jika mahu datang dan pulang dari masjid...tiba-tiba teringat anak-anak dirumah...
siapa yang pernah datang rumah Allah ini,rasanya sama jugakkan pemandangan persekiran di kawasan masjid ini kan sementara menanti masuk waktu subuh...tempat yang orang-orang tidur adalah tempat orang lalu lalang jika mahu masuk ke dalam Masjidil Haram...
ini tempat berkumpulnya burung-burung merpati...dan cuba tengok gambar dibawah ni....
dan disini jugak ada hamba Allah yang tidur dengan gaya santai ditempat laluan orang ramai menuju ke masjid...mungkin dia kepenatan selepas melakukan ibadat umrah sebab masih berpakaian dalam ihram...agaknya balik dari solat subuh dia dah kepenatan lalu tertidur disini...hanya Allah yang maha mengetahuinya...
ini pulak ketika berada di Madinah...ini adalah kawasan persekitaran masjid Nabawi yang sejuk di mata dan tenang dihati...payung terbuka mengembang ketika waktu siang hari...menjadi sejuk dan redup...
di rumah Allah ini sama jugak, tiada siapa akan ganggu jika kita sedang tidur...dan dimana-mana pun kita boleh melelapkan mata...ketika waktu malam...payung kelihatan kunyup ditutup...
disini...kalau dah mengantuk kat sini pun boleh...
di tengah-tangah laluan orang ramai pun boleh jugak...
in shaa allah...tiada akan terpijak atau tercedera orang yang tidur ditengah-tengah laluan orang ramai tu tau...masa ambik gambar ini selepas solat subuh mungkin hamba allah ini letih dan mengantuk amat sangat terus terlena di laluan orang ramai keluar dari pintu masjid...
Ingat ye..disana apa yang kita kata atau terlintas dihati, in shaa allah akan tertunai hajat itu...oleh itu berhati-hati tutur bicara tingkah laku dan kata-kata yang berdetik dalam hati kita ketika berada ditanah suci ini...datang rumah Allah ini tujuan kita adalah ingin melipatkan gandakan amal ibadat dan memohon keampunan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan...
In shaa allah akan bersambung lagi...chewahhh...., macam la ada orang nak baca...tak pe la sendiri karang sendiri bacakann...buat kenang-kenangan bila dah bercucu cicit nanti....terima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah baca dan tinggalkan sepatah dua kata di "rumah" ku ini yee...kita ni suka sangat baca komen dari kawan-kawan semua...jumpa lagi...

















































