27 August 2013

berhati-hati ye...

‘Menggelupur’ jual kereta

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
Serdang: Niat seorang lelaki bersama rakannya berjumpa dengan individu yang ingin membeli kereta Mercedes Benz E 200 miliknya di sebuah pasar raya di Puchong bertukar pengalaman mengerikan apabila mereka diculik sebelum dikurung tiga lelaki dalam sebuah rumah dan dibelasah dalam keadaan tangan serta kaki berikat.
Malah, penjenayah turut menggunakan alat renjatan elektrik kepada mangsa berusia 41 dan 44 tahun menyebabkan mereka pengsan sebelum dibawa ke sebuah rumah di sekitar Puchong sebelum dibelasah.
Tidak cukup dengan itu, mereka berdua turut dipaksa menyerahkan kata laluan kad bank masing-masing selain kereta yang ingin dijual dan sebuah lagi kereta Audi A6 dinaiki bersama wang tunai dan barangan berharga membabitkan kerugian dianggarkan RM500,000.
Sebaik penjenayah itu berhasil mendapat apa yang dihajati, mereka kemudian mencampak mangsa di kawasan Sepang, Khamis lalu sebelum melarikan diri.
Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera di muka dan badan membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakan datang ke pasar raya itu pada jam 3 petang, Khamis lalu untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang kononnya berminat membeli keretanya.
Menurutnya, sebaik bertemu, lelaki itu pada mulanya berlakon seolah-olah berminat dan bersetuju membelinya. Namun, lelaki itu memaklumkan akan menyerahkan wang pendahuluan kepada mangsa dan perlu mengambil wang itu di Tasik Prima, Puchong kerana wang itu berada dengan rakannya.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengikut lelaki itu dan tiba di lokasi dimaksudkan. Ketika itu, dua lelaki dipercayai rakan lelaki pertama sudah menunggu di dalam kereta.“Ketika mereka mahu mengambil wang pendahuluan itu tiba-tiba kumpulan lelaki terbabit bertindak menggunakan alat renjatan elektrik ke leher kedua-dua mereka.
“Mereka menggelupur kesakitan sebelum tidak sedar diri. Kedua-dua mereka yang sedar tidak lama kemudian terkejut apabila berada dalam sebuah rumah dengan tangan dan kaki berikat,” katanya.
Sumber berkata, mangsa turut dibelasah dan dipaksa menyerahkan kata laluan kad bank selain telefon bimbit dan barangan berharga lain dirampas.
“Selepas puas membelasah mangsa, kumpulan lelaki itu membawa mereka keluar sebelum dicampakkan di tepi jalan di Sepang.“Lelaki terbabit turut melarikan kedua-dua kereta milik mangsa dan rakannya,” katanya.

ini ambik dari berita Harian Metro...berhati-hati ye sahabat semua, sekarang ni orang nak mencuri macam-macam cara dia boleh buat..sanggup membunuh...Ya Allah jauhkan dari kami semua perkara-perkara yang tidak diingini...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

15 comments:

  1. ya allah.. ganas gila.. sampai macam tu sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takutkan...semakin ganas manusia sekarang ni..nak duit punya pasal tak kira, semua sanggup buat...

      Delete
  2. begitu sekalikan.. memang kena tersangatlah ebrhati2 sekarangni...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah~ teruk nye manusia zaman skrg. :(

    terima kasih.. moga kita sama2 sentiasa berhati2.

    ReplyDelete
  4. takutnya...minta jauh la
    jenayah di mana-mana, kena sentiasa beringat & hati-hati..

    ReplyDelete
  5. ya allah macam2 cerita skang ni kan. kena lebih hati2 lah

    ReplyDelete
  6. ngeri nyer baca... semoga tidak terjadi lagi kepada org lain, amin...

    ReplyDelete
  7. Semakin menjadi-jadi jenayah di negara kita. Takut kakak tau ain...

    ReplyDelete
  8. kne berhati hati la kalo nk beli ape2 ngan pihak ketiga

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni baik apa jua yang kita lakukan... lebih2 lagi dgn orang yang tidak dikenali kena lebih berhati2... sbb orang sekarang makin berani...jenayah dilakukan dgn pelbagai cara

    ReplyDelete
  10. saya memang tak biasa jual kereta terus kepada pembeli kalau tak kenal. selalunya tolak yang lama je kat dealer kereta yang nak tukar. takut tertipu..takpelah, rugi sikit. janji selamat..huhu

    ReplyDelete
  11. seram pulak saya baca...nasib baik saya tak banyak duit...

    ReplyDelete
  12. di mana-mana dan kerja apa sekalipun, macam sentiasa terdedah bahaya jenayah ni. takut la haih..macam2 cerita ada...

    ReplyDelete
  13. Allahuakbar... nau'zubillah.. takut nye baca

    ReplyDelete
  14. Hei...ngerinya...nasib baik tak dibunuhnya... Takutnya zaman sekarang ni macam macam benda..rasa tak selamat betul

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini