11 May 2011

Astagfirullahalazim....

Untuk Renungan Bersama...

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.. 

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. 

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. 

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.. 

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. 

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya 
Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. 
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 
"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah


Kalau semua nak tahu ... 
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor 
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. 
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.. 
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. .. 

1 minit untuk mengingati Allah
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN 



Oleh itu... 
duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmatkan kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan & berbakti aktif kepadanya dalam apa jua yang kita lakukan.....


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

21 comments:

  1. betul tu aini... nikmat dunia ni 1% ja yang Allah beri pada kita.. tapi kita kejar sampai tak ingat nimat yang lagi besar... lupa untk kejar nikmat yang lagi besar tu..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ...
    sama2 kita saling ingat mengingatkan ye kak ain! :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih akak atas coretan ini..:)

    ReplyDelete
  4. Cantik perumpamaan yg ain bagi. Moga kita semua tidak lalai hanya kerana setitik madu itu....

    ReplyDelete
  5. Kitalah yang menjadi pelakun dalam cerita tu kan.Terima kasih ingatkan kak Zai.

    ReplyDelete
  6. sangat2 tersentuh,,bagus ni..terima kasih sbb share ni..

    ReplyDelete
  7. masyaallah....terima kasih kerana berkongsi cerita yg amat bermakna ini...sama2 lah kita menjadi hampa yg patuh n taat padaNYA....

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg baik..sama2 mengingati

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah santapan yg berguna...kalau kita melihat dunia hari ini m'sia tidak pernah cukup dgn apa yg mereka telah miliki....Terima Kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  10. kak, qema dapat gak email camni, dah standby lam draft..sama2 kongsi & bersyukur atas nikmat sementara di dunia ni, insyaAllah.

    ReplyDelete
  11. emm..
    pernah baca cerita ni..
    mmg membuatkan kita berfikir..
    semoga kita sentiasa diberi petunjuk darinya..
    thanks kak ain..

    ReplyDelete
  12. thx k.ain ttg n3 ni...bsama la kita ingat mengingati..

    Sy ni dah jd amalan klu buai anak mesti mulut berlagu camtu

    *SUBHANA'LLAH
    *ALHAMDULI'LLAH
    *LA I LAHA ILLA'LLAH
    *ALLAHU AKBAR
    *ASTAGHFIRU' LLAH
    *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
    *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..dapat lagi ilmu No hari ni..terima kasih banyak2 ye kakAin..peringatan yang cukup bermakna untuk kita semua..

    ReplyDelete
  14. salam.seronok dapt share ilmu mcm ni.mmg kita ni kena selalu diperingatkan.mudah sgt lupanya.sharing is caring.

    ReplyDelete
  15. sebab nikmat 1% tu jugaklah ramai yg sesat skarang ni.. terima kasih share info ni aini.

    ReplyDelete
  16. subhanallahhhh terkasima kejap akak membaca nie dik !

    ReplyDelete
  17. tempoh hidup kita di dunia ni pun udah tak lama...

    ReplyDelete
  18. syahdu la kisah ni..benar-benar buat kita terfikir..jangan la diri ini terlalu enak diulit nikmat dunia

    ReplyDelete
  19. kita manusia selalu begitu apabila mendapat nikmat Allah tapi tidak besyukur, bila tiada baru menadah tgn memohon, supaya kita sentiasa mengingatiNya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini