10 May 2011

5 sebab....

Cuaca panaskan kat luar sane…nak terbakar rasenya kulit muka ni…baru sikit jer panas ni..dah tak tahan kann…hari ini nak  nak share tentang air…bagus untuk kite semua dan dlm keadaan cuaca mcm nikann…

  5 sebab mengapa kita perlu byk minum air:

1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK
Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI
Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK
Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS
Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.


 5. MENGHINDARI BATU KARANG
Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.


Dah habis pun 5 sebab…pentingkan plain water ni..kene minum 2liter air satu hari..larat ke…mau asyik ke toilet ler jawapnye…untuk kebaikan ape salahnyekannn….


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

16 comments:

  1. bagus betul info ni...

    memang betul, kita perlu minum air yang banyak setiap hari kan, bukan air manis ya..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau musim panas mesti boleh minum banyak ain... Terasa benar bahangnya.

    ReplyDelete
  3. aha..
    setuju ngan tips tu..
    baru je habis tiga botol mineral water ni..adehh..

    ReplyDelete
  4. thanx kak ain..
    good info.
    saya pun sehari dua ni cuba banyakkan minum air masak...panas sangat...

    ReplyDelete
  5. thanks for de info...
    tapi iols plaing tak suker minum air kosong nokkkk!~
    hik hik hik

    ReplyDelete
  6. Kak, sejak dua menjak ni asyik teguk air masak je, haus sangat, cuaca panas membahang..econ pun tak rasa dah ni huhu

    ReplyDelete
  7. sy kurang minum air, tu sbb prenah kena batu karang dlm hempedu kot...

    ReplyDelete
  8. "kdg2 lupa nak minum..sbb tk dahaga..tp dlm cuaca skrg ni...asyik nk minum jer..bila panas,bdn berpeluh dn minta ganti.."

    ReplyDelete
  9. 2 liter sehari. cukup kot. hehe

    ReplyDelete
  10. Kak Zai ni jenis yang tak berapa suka minum banyak air tapi bila musim panas terpaksalah minum banyak.

    Terima kasih kongsi info.

    ReplyDelete
  11. saya rasa xbermaya klu kurang minum air wpon winter..

    ReplyDelete
  12. setiap yg diatur oleh Allah ada kebaikkannya ttp kita yg xtahan sbb cuaca panazzz sgt la ain.....

    ReplyDelete
  13. jarang minum plain water.. tapi kene gak minum... :)

    ReplyDelete
  14. TAZKIRAH DI SINI..
    ALHAMDULILLAH...
    Terimakasih seseangat mengingatkan ttg zikir tu..

    ReplyDelete
  15. tekak kring btul 2, 3 hari nih...kdg2 jam 2, 3 pagi pun sy n anak2 bgn mnum air.

    kak ain, thanx atas ingatn zikir d atas...kdg2 kita tleka

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini