03 June 2011

BERKAT BISMILLAH...

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...' 

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH 

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. 

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya . ' 

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.. 

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. 

12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah 


sabda Rasulluah, 'siapa yang   menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada..... InsyaAllah....


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

16 comments:

  1. dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah...suka dengar lagu raihan ni...thanx info... banyak rupanya kelebihan bismilillah...senag plak tu tuk diamalkan...

    ReplyDelete
  2. assalam ainnoraini..terima kasih kongsi ilmu..ada juga tambahan yang akak belum tau..

    ReplyDelete
  3. assalam ain...terima kasih kongsi info yg amat berfaedah ini

    ReplyDelete
  4. ingat lagi pesanan ustazah..
    amalkan menyebut bismillah..
    pasti kamu sentiasa dirahmati..
    seperti peristiwa zaman dahulu (zaman rasullulah0

    seorang perempuan sentiasa amalkan bismillah ibunya kurang suka, semasa hendak mengambil beras (walhal ibunya telah memasukkan pasir) namun bila perempuan itu mengambil beras dengan amalan bismillah..

    pasir bertukar menjadi beras


    ain, thanks syer fadilat bismillah ya..

    ReplyDelete
  5. Assalam ain...terima kasih kerana berkongsi.. akak pun ada simpan email fadhilat Bismillah ni... memang patut diamalkan...

    ReplyDelete
  6. insyaAllah mudah2an mendapat berkatnya

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum :)

    alhamdulillah. menarik menarik menarik. rupanya banyak lagi benda yang tak tahu. ~uhu

    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah..dpt peringatan hari ini...
    kdgkala lupa bca bismillah...
    skrg berusaha membacanya bnyk2..
    berkat membaca n3 ini...
    mekasih..

    ReplyDelete
  9. satu kalimah yg ringkas tapi penuh dengan keberkatan...

    ReplyDelete
  10. teringat IM pernah tulis sajak bertajuk Bismillah dan memenangi tempat ke 3 pertandingan sajak di sekolah dan dimuatkan ke dalam majallah sekolah tahun itu.

    ReplyDelete
  11. abah sy juga pesan nak elak perkara sihir santau atau alam ghaib ni baca la 21 kali sebelum tidoq.. siapa sangka ayat pendek begitu sangat hebat nilainya..

    ReplyDelete
  12. byk sungguh kelebihan bismillah kan...tq for sharing yer..:)

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..kalimah inlah yg selalu diamalkan..thanks for info kak ain..

    ReplyDelete
  14. Pesanan yg wajar diulang-ulang buat peringatan kita ain. Bagus...

    ReplyDelete
  15. sama2 kita amalkan yg baik.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini