Minta hadiah terlarang
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
Kajang: Seorang lelaki pertengahan usia dengan selamba mengajak menantunya mengadakan hubungan seks sebagai hadiah hari lahirnya dan mencabul wanita itu apabila mangsa enggan melayan kehendaknya.
Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.
Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari.
Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun.
“Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa.
“Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan melayan kehendaknya, lelaki itu tidak puas hati dan mula bertindak rakus.
“Suspek memeluk, mencium serta meraba tubuh menantunya itu. Mangsa marah dan cuba melawan, menyebabkan berlaku pergelutan kecil di antara mereka.
“Ketika dicabul, mangsa merayu dikasihani selain turut memarahi mentuanya itu, namun tidak diendahkan lelaki terbabit,” katanya.
Menurutnya, selepas kira-kira 10 minit, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri daripada suspek sebelum pulang ke rumah.
“Keesokan harinya (Selasa), mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan. Dalam laporannya itu, mangsa turut memberitahu suspek sebelum ini sudah beberapa kali cuba mencabulnya, namun setiap cubaannya gagal,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa juga memberitahu dia nekad membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan keji suspek selain bimbang dengan keselamatan dirinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).
____________________________________________
Terbaca diharian metro sekejap tadi...ada jugak manusia macam ni kannn...sepatutnya dia menjadi perlindung tapi dia pulak bernafsukan syaitan...
tak kira agama dan bangsa apa punkan, sepatutnya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku...mintak-mintak jauhkan berlaku pada kita dan keluarga kita semua...
dia x layak d pggl bapak mertua!!!
ReplyDeletebetul tu kan anies...sepatutnya dia jd pelindung pada anak menantu...tapi dia pulak mcm setan...
Deletesemoga keluarga kita & seluruh umat Islam d hindarkan perkara begini, amin...
ReplyDeleteinilah kalau iman xde.. x kenal dah halal ke haram ke.. nauzubillah... umur dah tua tp perangai masyaAllah...
ReplyDeletesalam perkenalan...
ReplyDeleteada juga terbaca tadi... dunia akhir zaman... ermmm.... peringatan untuk kita semua...
jemput jengok2 blog saya ye :) http://wwweffafarhana.blogspot.com/
Ya Allah..mmg dunia akhir zaman dah ni.geram baca ni!
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletetadi ada nampak tajuk je..
ishh..makin merepek pula
bila sudah masuk usia 40an
kalau tak berubah ...memang payahlah nak di ubah...wallahualam!
seram bila baca kisah2 yag macam ni !
ReplyDeleteuis...mmg seram laaa gitu
ReplyDeletetak tau nak kata apa ... jijik sangat
ReplyDeleteya Allah...tak ingat Tuhan ke dia time tu...?
ReplyDeletegila!
ReplyDeletemeremang bulu roma baca....
ReplyDeleteMemang giler....
ReplyDeletedah dirasuk syaitan..
ReplyDeletetak ingat nak mati apa!!
ReplyDeleteApa punya turrr....
ReplyDeleteowhhhhhh ???? dunia sekarang. dh x knl halal haram.. tataf menantu sama spti ank.. haram bernikah sampai bila2, walupon ank n mnantu dh bcerai.
ReplyDeleteorang macam ni pon ada !!!
ReplyDeleteManusia akhir zaman. tak takut dah buat dosa~
ReplyDeleteishhh biar betul kak...takut lieya dengar..selamba jek org tua tu kan...mmg tak sedar diri betul tu....
ReplyDeletegila punya pak mentua...euwww
ReplyDeleteMinta dijauh kan dari kita semua,dunia semakin tua..
ReplyDeleteterima kasih kawan2 sudi komen sepatah dua kata..saya pun ngeri jugak bila baca psl cerita ni...harap2 jauhkan perkara2 yg x elok berlaku pd kita semua...
ReplyDeleteterima kasih kawan2 sudi komen sepatah dua kata..saya pun ngeri jugak bila baca psl cerita ni...harap2 jauhkan perkara2 yg x elok berlaku pd kita semua...
ReplyDeleteDunia 69...
ReplyDeleteApalah nak jadi mertua zaman ni hehe...
ReplyDelete