25 October 2010

terfikirkah......

Pernahkah anda terbangun dari tidur dan anda terfikir, hari ini merupakan hari jadi anda?
Pernahkah anda terfikir sebegitu dan anda menangis pada pagi itu kerana hari itu merupakan tarikh anda berada di dunia.
Sedih atau gembirakah anda ketika itu?

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap tarikh yang berlalu ini akan membawa kepada satu perubahan dalam hidup kita?
Pernahkah anda terfikir bahawa pada suatu hari nanti tarikh2 itu akan menghantui hati kita?


Takutkah anda sekarang jika anda tahu anda akan mati pada 2 minggu akan datang?
Ataupun pada 2 hari lagi merupakan hari terakhir anda di dunia ini? Siapakah orang yang anda hendak jumpa dalam masa tempoh 2 hari itu? Mak dan ayah anda? Kekasih atau orang2 tersayang?
Sempatkah anda melakukan semua perkara itu?

tadi...pegi site siapa ..tak ingat la...terjumpa satu  yg menarik untuk diletakkan dalam blog 
ini terima kasih kerana membuatkan saye terfikir....


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

12 comments:

  1. salam
    kadang2 ada gak fikir...mesti cheqna nanges kalu fikir...
    huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. salam..
    tanda-tanda orang beriman adalah dengan
    selalu mengingati mati..pernahkah kita terfikir kenapa kita takut lihat jenazah?apa salahnya kita uruskan jenazah..belajar cara mandikan jenazah..lebih menginsafkan kita..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Selalunya bangun tidur memikirkan banyak dosa, syukur masih hidup dapat lagi peluang untuk bertaubat kepada~Nya...

    ReplyDelete
  4. salam kak ain....

    terfikir saya sejenak

    ReplyDelete
  5. Salam,
    kali terakhir saya teringat pasal mati ialah sebelum dibius dan diminta mengucap dua kalimah syahadah semasa operation 4 tahun dulu. Kemudiannya menyaksikan kematian beberapa kenalan dalam wad yang beberapa jam sebelum itu masih lagi berbual mesra bersama-sama.
    Apa yang saya terfikir sekarang hanyalah ingin membuat sebanyak mana kebaikan sebelum nyawa dicabut dari badan...

    ReplyDelete
  6. Bekalan untuk ke 'sana' masih belum lengkap... sentiasa bersyukur kerana dpt bernafas keesokan harinya bagi memperbaiki diri dan menambah ibadah kepada yang Esa...

    ReplyDelete
  7. Ain...
    jikalah kita tahu saat kematian kita...
    1. mungkin kita lebih beringat agar mati dalam iman.
    2. kita lagi mencuba nak melarikan diri dari melaikat maut...
    kelam kabut jugak kita kalau kita tahu... makanya sebab itu kita tiada ilmu hendak mengetahui tarikh hari mati kita supaya kita sentiasa berwaspada dan beusaha agar kita mati dalam iman... Insya'Allah....

    ReplyDelete
  8. Salam Ain,
    Kakwan selalu terfikir pada tarikh ini dan ketika ini setahun ke ,5 tahun ke atau 10 tahun akan datang di manakah kita.
    Heh..heh bebal betulkan..tapi iyalah setiapkali lepas solat memang tadah tangan mohon doa Ya Allah Kau panjangkan umurku dan matikan aku dalam Iman.

    ReplyDelete
  9. bila aku terbangun dari tidur aku cuma fikir nak ke surau atu sembahyang di rumah...lepatu nak joging ke nak mengopi di kedai mamak...arghhh

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana saling mengingatkan.
    Mungkin sebab kita takut, sebab tu jarang terfikir pasal ni.

    ReplyDelete
  11. salam..

    entri yg menyedarkan bahawa kita cuma sementara di dunia yg fana ini.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini