15 October 2010

Al-Kausar

salam pagi jumaat untuk semua.....
pagi ni ade dpt email utk dijadikan panduan pd kite semua... 
perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terimakasih



Surah Al-Kausar ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan  Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi  dizalimi.


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "  

Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"  
  

Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

10 comments:

  1. Banyak juga khasiat surah ni ye.
    Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  2. zezebel:
    tq sudi singgah & moga zezebel sihat selalu...

    ReplyDelete
  3. salam,
    terima kasih atas perkongsian ilmu..moga kita mendapat manfaat darinya.

    ReplyDelete
  4. salam ainnoraini..terima kasih kongsi..banyak manafaat rupanya..
    akak hanya tahu..dulu2 kawan ada bagi tahu..selepas sahur..last minit sebelum imsak tu..kita baca surah ni dah minum air ..supaya segar ketika berpuasa katanya..dan sehingga kini akak buat..

    ReplyDelete
  5. Salam Puan Ainn

    Sesungguh al-quran penawar segala penyakit..

    Allah berfirman, "Dan Kami (Allah) turunkan daripada al-Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, dan (al-Qur'an itu) tidaklah menambahkan kepada orang yang zalim selain kerugian." (QS al-Isra' : 82)

    ReplyDelete
  6. salam.. trm ksh berkongsi.. mmg baik kalo jd amalan kita..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Saya pernah amalkannya...memang sangat berkesan. InsyaAllah, kalau kita yakin Allah sentiasa membantu...apa sahaja rintangan yang datang, kita tetap berjaya harungnya. percayalah!

    ReplyDelete
  8. sharing is caring...

    timaseh Ain.

    InsyaAllah akan amalkan..

    ReplyDelete
  9. kak ain, thanks share info ni...

    insyaallah nak amalkan nanti...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini