03 October 2010

KHASIAT PELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. 
`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap...
TUNGGU APA LAGI.....

Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

15 comments:

  1. Biar betul Ain...makin gemuk ke makin kurus isteri..setahu akak makin gemuk adalah...sebab isteri tu peknen...heh..heh..jgn marah gurau je..
    Satu info yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Tak kahwin lagi ni, tak boleh suruh suami peluk lagi. Hehehehe....

    ReplyDelete
  3. he2..bg yg dh berkahwin, sila hargai k =]

    ReplyDelete
  4. jikalau isteri saya nakkan saya kurus kenalah dia peluk saya selalu.... nanti kawan gelar saya azmi kering pulak...

    ReplyDelete
  5. MNS:
    terima kasih mak ngoh selamoh sudi gak singgah kat sini...
    salam kenal ye...

    ReplyDelete
  6. SMM:
    nanti saye carikan ye yatie...

    ReplyDelete
  7. kak wan:
    hehehe..kak wan ni buat lawak yer....
    itu gemuk lain tu...

    ReplyDelete
  8. diriku:
    betul tu...jgn dilepaskan peluang ni kan..
    tapi kalau dah selalu sgt kurus kering la pulak..hehehe..

    ReplyDelete
  9. cheedah:
    mcm tak caye jer kan...tapi saye ni tak gak kurus2..

    ReplyDelete
  10. azmiroy:
    en azmi tak yah kurus lah..biar org pompuan jer kurus...kannn...

    ReplyDelete
  11. Syabas...satu tip kesihatan yg mudah dan berguna. Peluklah isteri anda dengan penuh kasih sayang.InsyaAllah ada manfaatnya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini