Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."
salam..
ReplyDeletekalau secara rohani dah tentu,wanita yang penyayang,lemah lembut dan bakal ibu yang baik selain agamanya yang utama (pada saya) bonus pulak ikhlas dari pandangan mata saya sukakan wanita yang.......??(biarlah rahsia)
yang baik hati...jujur berkata-kata... ikhlas dlm segala hal dan menjaga maruahnya..
ReplyDeleteBiasanya kecantikan seorang perempuan itu terletak pada mata lelaki yang memandangnya. Jadi pastikanlah kita jaga kelakuan dan peribadi.
ReplyDeletebetul akak..klu kita sentiasa ambil wuduk muka kita sentiasa berseri/...
ReplyDeletesalam..coretan berguna untuk direnung..kesimpulan.cantik wanita pada akhlaknya...indah akhlak..insyaallah sapa melihat pasti tertawan...
ReplyDeleteSalam Puan Ain..
ReplyDeleteCantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya.
Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain.
Senduduk Layu Tidak Berguna Lagi,
ReplyDeleteSentiasa Berwuduk Itulah Yang Kita Hampiri.
en zul:
ReplyDeletealamak cik zul nak berahsia pulakkk...
nak gak tahu ape ciri2 yg org lelaki suke ni...
lulu caldina:
ReplyDeletebetul tu lulu...ape yg penting pandai jaga maruah kan...baik budi bahasa...
zezebel:
ReplyDeletekalau perangai buruk muka cantik mcm mana pun tak ade gunenye kan...
zezebel mesti lemah lembut orgnye..
azie:
ReplyDeleteitu la yg seelok-eloknye kan azie...
suri solehah:
ReplyDeleteterima kasih sudi follow...salam kenal dari saye...
abd razak:
ReplyDeleteterima kasih en razak...dgn menerangan itu..
PCL:
ReplyDeletemcm mana saye nak jwp pantun ni...
berwuduk itu adalah sebaik2nye kan..
salam ainnoraini..terima kasih..pertama kali akak baca ni..belum pernah jumpa lagi tulisan seperti ini..bagus untuk peringatan semua wanita..
ReplyDeletecantiknya wanita adalah mereka yg mempunyai pegangan agama.. tanpa pegangan agama, hanyutlah mereka dlm puji-pujian kecantikan duniawi
ReplyDeleteBEST...
ReplyDeletesuka tentang kecantikan wanita...
Ain...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
sesuatu yang baik dikongsi dan diamalkan bersama.... jazakallah...
salam ainnoraini,
ReplyDeletetak pernah baca sebelum ni.
terima kasih.
InsyaAllah.
salam...
ReplyDeletedimanakah cantiknya seorang wanita....? suka sangat baca entri ini..
sebagai lelaki, memang selalu saya tanya..di manakah cantiknya seorang wanita..
saya akan mengupas sikit tentang persoalan ini...
kecantikan wanita ada pada tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yg mulia. Setiap kata yang dilafazkan menjadi penilaian, dakah wanita itu seorang yang jujur, sabar, berpendidikan atau pun tidak. atau adakah wanita itu kasar, kurang ilmu, tak amanah, semua yang terpacul dari lidah wanita akan menggambarkan kecantiakan diri wanita itu. sebab cantiknya seorang wanita bukan semata2 dari paras rupa, namun lebih dari itu.
cantiknya seorang wanita yang kedua, pula ialah apabila wanita itu memakai "MEKAP YANG MEIKAT".. mekap yang meikat di sini ialah air sembahyang untuk membersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan melentikannya gunalah jenama " malu" agar mata dapat mengikis pandangan yg tak baik. Manakala pemerah bibir adalah kata-kata yang penuh hikmah yang memikat setiap orang yg mendengar dgn penuh keinsafan.
sejujurnya saya suka membaca entri ini..
sr
nice entry..tanx akak =]
ReplyDeleteyes....wudu' adalah nur yg terlekat di wajah seseorg..tak bleh di beli di mana2...
ReplyDeletekosmetik paling jimat, free dan berbaloiiii