Berikut adalah beberapa adab mendengar azan yang perlu diketahui dan diamalkan
1. Masa azan dilaungkan, jangan kita berbual-bual, berborak atau bercakap-cakap. Apatah lagi nak bergurau senda dan bergelak ketawa!
2. Masa azan dilaungkan, tutuplah (OFF kan lah) semua radio, TV atau video yang sedang kita dengar/tengok. Atau, kalau dah degil sangat, setidak-tidaknya, tolong tutup suara (Mute)
3. Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan oleh Islam.
Apabila kita dengar muazzin melaungkan ;
- Allahu Akbar : maka kita kena jawab “Allahu Akbar”
- Asyhadualla ilaaha illallah : maka jawabnya “Asyhadualla ilaaha illallah”
- Asyhaduanna muhammadar rasulullah : maka jawabnya “Asyhaduanna muhammadar rasulullah”
- Hayya’alassolah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
- Hayya’alalfalah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
- Laailaha illallah : maka kita kena menyahut “Laailaha illallah”
Begitulah 4 adab mendengar azan yang sempat saya kongsikan di sini. Apapun, yang penting bukannya berapa jumlah adab yang kita tahu atau ingat, tetapi adakah kita sudah mengamalkan ilmu yang kita tahu?? Itu persoalannya. Betul tak?
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’ semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin
salam alhamdulillah cheqna amalkan semua tu
ReplyDeletesatu lagi cheqnakalau tengah2 baring kan dengar azan mesti akan bangun dari baring2 tu...
tqvm sbb share..saya pun pernah diberitahu kalau azan jgn baring nanti mayat jd berat masa diusung, wallahualam..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteterima kasih memanjangkan
perkara wajib yang kita mudah
lupa ni...jazakallah khair..
salam ain..
ReplyDeletesaya memang dah terapkan dengan anak-anak sewaktu azan memang kena berhenti bercakap, tutup suara radio atau tv....
Alhamdulillah... anak yang bongsu pun dah pandai mengingatkan kakak-kakaknya apabila azan berkumandang.....
salam..
ReplyDeleteentri yang banyak menafaat ini..
entry yg baik utk nasihat n pengajaran..=]
ReplyDeletealhamdullillah...
ReplyDelete