04 September 2010

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !

......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !

......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !

......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !
......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !

......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !

......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !

......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !

......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !

......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !

......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !

......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !

......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !

.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !


TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !
Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???


WALLAHHUALLAM


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

13 comments:

  1. salam ain..selamat hari raya..maaf zahir dan batin..
    terima kasih.kerana mengingati...ada masa kita mungkin lupa..

    ReplyDelete
  2. Salam Ain...terima kasih kerana mengingatkan...

    Tapi bila kita dah berusia...banyak perkara duniawi yang kita tinggalkan...semoga kita semua diberi taufik dan hidayah NYA

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana mengigatkan semua tu..

    ReplyDelete
  4. Salam ain..selamat hari raya maaf zahir dan bati...terima kasih kerana mengingati kita semua

    ReplyDelete
  5. kita x layak namun biar kita terus mngharap.. Allah yg menentukan..

    slmt hr rya.. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. salam,

    lumrah manusia suka pada keseronokan dan moga kita terhindar daripada siksaan neraka wallahualam..

    ReplyDelete
  7. salam..

    selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  8. saling ingat-memperingatkan ant sesama kita..tanx for sharing =]

    ReplyDelete
  9. salam kak
    terima kasih kerana mengingatkan
    =)

    ReplyDelete
  10. mmg btl semua tu k.ain, dunia akhir zaman..

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin utk k.ain skeluarga..

    ReplyDelete
  11. Tahun lepas beraya di kedah
    tahun ini beraya di jengka
    puasa sudah zakat pun sudah
    beraya kita hindari prasangka

    Lupakan sengketa bermaafan
    dari hujung rambut ke hujung jari
    halalkan kata-kata mana yang termakan
    sesama muslim jauhi cakar-mencakari

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Ramai orang ingin bahagia di akhirat tapi kebanyakan kita sebenarnya tidak berhasrat sedemikian...lebih suka berseronok di dunia daripada bersusah payah beramal...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini