01 September 2010

Kelebihan Bismillah, Al-Fatihah & Ayat Kursi

BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.

Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

12 comments:

  1. salam ainnoraini..terima kasih.. kongsi ilmu..
    dah siap buat kuih untuk sambut raya ke..

    ReplyDelete
  2. salam kak
    thanks for sharing this..=)
    slamat berpose

    ReplyDelete
  3. kak erna:
    w'salam kak erna...pasal kuih raye tu...ain tak le berapa pandai nak buatnye...tapi ade gak try..beli pun ade jugak kak erna...

    ReplyDelete
  4. cheqna:
    ape yg penting kite mengamalkannye kan cheqna...
    kak ain pun nak ucapkan selamat berposa ye....

    ReplyDelete
  5. Salam Ain..
    Ayat kursi tu memang dah terbukti...
    Akak amal kan sebelum tidur pencuri memang takleh masuk rumah .Nampak sgt berbagai cara di cuba tapi tak berjaya.

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Moga awak sihat hendaknya..

    Zikir kepada Allah itu perlu sentiasa dilakukan sebilangan masa agar kita sentiasa dekat dengan~Nya

    ReplyDelete
  7. minta izin nak kopipes kat blog boleh

    ReplyDelete
  8. kak wan:
    betul tu kak wan, ayat kursi mmg patut kite amalkan boleh jadi pendinding kat kite kan...
    elok sgt dijadikan amalan harian...

    ReplyDelete
  9. abd razak:
    saye sihat..alhamdulillah...
    betul tu en razak bile kite selalu berzikir mengingatinye jiwa kite akan jadi lebih tenangkan...

    ReplyDelete
  10. nino:
    semoga awak sihat ye...
    tak de masaalah..boleh sgt2.saye pun dpt email dari kawan so saye sampaikan kat dlm blog ni..untuk dikongsi bersame...

    ReplyDelete
  11. diriku:
    semoga kite semua diberkati dengan mengamalkannye...diriku...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini