Hari ini jiwaku sensitif la sikit…hari ini dan semalam terasa la pulak bila citer pasal anak ni, semua sahabat tahukan saya dikurniakan zuriat semuanya puteri…tak ada rezeki nak dapatkan putera…Tak tau la nak citer apa…bila orang asyik tanya jer bila pulak nak dapat anak lelaki pulak,baru la sempurna sebuah keluarga tu ada anak lelaki ada nak perempuan…saya nak tanya tak sempurnakah sebuah keluarga tu kalau tak dikuniakan anak lelaki dan perempuan…
Cuba cakap siapa yang tak mahu itu semua…orang tak siuman jer yang tak mahukan…kadang-kadang malas nak layan cakap-cakap orang ni…cakap senang la sebabnya dia dah dapat apa yang di inginkan dan diidam-idamkankan…itu semua rezeki yang allah bagi…jangan la terlalu bangga apa yang kita ada dan jangan la membanggakan diri kepada yang ada kekurangan macam saya ni…tak perlu la ada kata-kata sindiran…hanya mampu tersenyum dan tak perlu kata apa-apa lagi…dan sekali lagi bersyukur sangat-sangat segala yang telah allah kurniakan pada saya…
Saya percaya setiap anak itu ada kelebihannya walau pun semua dikurniakan anak lelaki jer…dan ada jugak dikurniakan anak perempuan jer…jadilah orang yang bersyukur apa yang telah allah bagi kat kita…yang pasti semua itu pinjaman dari allah sahaja kalau dia nak ambik bila-bila masa pun boleh… yang penting kita bagi didikkan yang sempurna pada anak-anak untuk bekalan didunia dan akhirat…
kita ni kak kalu nak puaskan hati semua orang memang tak leh
ReplyDeletesama r..kalu bujang bila nak ada bf/gf
bila dah ada gf/bf ditanya bila nak tunang
bila dah tunang ditanya bila nak kahwin
bila dah kahwin ditanya bila nak ada baby
bila dah ada baby akan ditanya bila nak tambah lagi..
macam2..
untuk itu...REDHA tu penting dan kita kena yakin bahawa aturan Allah memang terbaik buat kita =)
ainnoraini;samaada anak perempuan atau lelaki sama saja...yang berbeza sifat dan sikap peribadi anak2 secara individu..kesempurnaan keluarga bukan terletak pada jumlah anak yg kita ada, anyway bukan semua kata orang kena didengar; yg baik dijadikan contoh yg buruk jadikan sempadan;mulut manusia mana boleh ditutup2; walaupun menyakitkan jangan simpan dalam hati nanti makan diri; sabar dan senyum..tanpa kata apa2...(mcm lagu plk)
ReplyDeleteSy pelik. Org2 keliling nie klu bertanya, mcm kite boleh petik jari...dan2 tu boleh dpt.
ReplyDeleteSgt2 pelik. Ada pula yg suke mendesak. Ada pula yg pandang sinis dan serong.
Entahlah.
Chill Kakain eh? Lantak diorang le. Yg pentingk ite happy!
=D
ala kak..nora dah pelbagai bentuk kata org dah lalu kat telinga ni..bak kata mak nora..kalo mulut tempayan dah lama dah nak tutup..tapi ni mulut orang...
ReplyDeleteAllah suruh kita lihat orang yang lebih bawah dari kita ..oleh itu kita akan rasa bersyukur..jgn kita lihat lebih atas dari kita..sebab kesyukuran itu takkan hadir..terkenang kawan nora yang dah 11 tahun berusaha nak anak tapi tak dapat2..
sebenornya..kes kita sama..cuma berlawanan..hehe...
dulu lia dah melalui saat2 mcm ni kak...lia lambat dikurniakan cahayamata..6 tahun kawin baru lah dapat anak.itu pun setelah puas b'usaha cara traditional n moden...
ReplyDeletesemua ni rezeki yg dtg dariNya..kita bln blh nak uli2 tepung pastu jadikan anak lelaki/perempuan...
biarkan je lah org yg nak b'kata2 tuh (w'pun hakikatnya pasti akan rasa sakit kat hati)
anak lelaki/perempuan bagi lia sama shj...dua2 anugerah t'indah dariNya...esok klu anak2 tu dah kawin dapat jugak anak menantu lelaki kan kak... :)
sabar je kak ainn. Mulut manusia ni mmg tak boleh di tutup. Yang penting akak dan keluarga happy. Tak semua yang kita hendak kita akan dapat, apa pun syukur dgn apa yg ada kan kak. Be happy kak.
ReplyDeleteSalam Ain...
ReplyDeleteYang suka provoke org ni ramai... Hari2 mereka tak lengkap, kalau tak bercakap menyakitkan hati.
Ain.. Anak2 tu anugerah Allah..bersyukur...
Lengkapnya sesebuah satu keluarga tu bukan terletak
Pada berapa org anak lelaki Dan perempuan.
Bahagia Dan harmoni, berjaya Dan berakhlak.. :)
Psst: kalau nak gi mkn rojak, koling2 kakya ok.. :p
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDi usia kakcik pun masih ada yang 'mengusik', tidakkah teringin anak perempuan... 'boleh' lagilah dan sebagainya...
ReplyDeletehmmmm... manusia memang tak tahu bersyukur dengan apa yang ada agaknya!
sabar jelah kak..takpe tunggu ank kak ain kawen nnti dptlah juga anak lelaki walaupun menantu je...kan..
ReplyDeletebiasala manusia akak..sering mempersoalkan..semua kerja Allah kan..alhamdulilah anak perempuan ramai..puteri penyeri hidup..nak kawen nanti org hantar duit je..hehe..
ReplyDeleteBiasala k.ain lumrah manusia, pedulikan semua ptanyaan tu...
ReplyDeletexkisah la anak apa pun sbb semua tu rezeki dr Allah, spatutnya kita bersyukur ada anak, klu xde anak tu camna...apa yg penting syukur atas nikmatnya...btl x k.ain?
semua itu telah dilalui almaklumlah 4 boy..kekadang terfikir jua adakah gegurl untuk saya nak juga merasa belai anak gegurl, syukur semua itu ditunaikan, sentiasa berdoa moga ada rezeki dapat boy....
ReplyDeletesaya dah rasa dulu tu kak, smpi kata suami saya tak power sebab dapat dua2 anak perempuan, nak lempang je mulut org tu, cakap tak pakai otak, macamlah boleh dibuat2 nak jantina apa, allah punya kuasa kan, jgn peduli kata org kak, janji didik anak2 dengan baik dan berjaya
ReplyDeleteZAMAN SEKARANG NI TAKDE BEZA ANAK LELAKI KE ANAK POMPUAN..KALAU REZKI KITA,ANAK LELAKI PUN PANDAI BUAT KEJE RUMAH MCM ANAK POMPUAN JUGA.
ReplyDeleteJGN ASIK PANDANG RUMPUT HIJAU DI LAMAN ORG..BERSYUKURLAH DGN RUMPUT DI LAMAN SENDRI ;)
manusia mmg camtu..mcm tak de modal nk ckp/tanya...
ReplyDeletepadahal tiap apa yg Allah kasi ada sebabnya...mmg sape pun kita nak lawan takdirNYA.
tu belum lagi tanya eh sorang jek..or eh 2 jek..atau eh anak dah besar2 tak nak tambah lagi..etc..bla..bla..bla.."sigh"
ain...biarlah apa orang nak cakap...sudah cukup bersyukur bila kita punya keluarga dan punya zuriat...kerana tak semua org dikurniakan zuriat... ada pulak yang dapat...tapi yg istimewa... jadi peduli apa orang nak kata...
ReplyDeletemulut orang kan.. sedap bercakap tanpa memikirkan perasaan org lain.. tak fikirkan juga tentang takdir yang sudah Allha aturkan untuk kita.. pakcik saya ada 9 org anak perempuan.. okey aje..
ReplyDeleteMemang ada orang yg jenis tak fikirkan perasaan orang lain. Kita pun selalu ditanya bila nak tambah anak lagi. Dah rezeki anak kita sorang jer, takkan boleh senang2 tambah pulak. Huhuhuhu...
ReplyDeletebeb, kita sekapal..ko sumer puteri, aku lak sumer putera.. lagi lak, aku ni hah sensorang gigirl kat umah tu, takde geng nak sembang hal pompuan...
ReplyDeletememang standard, bila orang tanya anak berapa? bila jawab 4, tanya lagi berapa boys berapa girls? bila kata semua boys, oohh boleh la tambah sorang lagi katanya..dapatkan girl pulakk.. so far lom lagi la orang bagi komen, uiih untung ye sumer boys, atau uiih untung ye sumer girls.. mesti adalah terselit komen2 berbau tak bersyukur tu...
apa pun beb, kita tahu betapa beruntungnya kita, kita sendri tau betapa besar rahmat Tuhan bagi kat kita.. itu sudah cukup..
Orang2 yang tak reti bersyukur tuu, ketepi ketepi...
yee... betul tu... walau anak lelaki dan pompuan tetap ada kelebihannya... Allah maha mengetahui mana yg terbaik untuk kita....
ReplyDeleteAllah yang mengurniakan seseorang itu sama ada anak lelaki atau perempuan
ReplyDeletesiapa dia yg nak menyoal kekuasaanNYA
rezeki datang dari DIA
sama ada apa pon jantinanya, pasti ada hikmah yang tersembunyi
jangan peduli cakap orang ni. mulut manusia macam2 benda nak di soalkan
Ain...jgn dilayan orang macam tu..brcakap ikut sedap mulut jer....
ReplyDeleteSaya yg ada anak pompuan + lelaki pun..masih ada yg mngata.....
Yang penting kita bersyukur dgn apa yg ada.....
assalamualaikum...
ReplyDeleteterima kasih pada semua yang sudi tinggalkan komen ye...terharu bila membacanya terima kasih banyak2...
biasa la manusiakan..pada yg kekurangan mcm saya ni cuma pasrah jer la dan bersyukur sangat2 segala yg ada...anak2 adalah harta saya kat dunia ini tak kira ke lelaki ke perempuan ke...bersyukur sangat2 dikuniakan anak2 yg sihat...apa org nak kata semua tolak ketepi tapi itu lah kite juga manusia punya hati dan perasaan kadang2 mudah tersinggung..walaupun dah biasa sangat dgr ayat2 power diarang tu semua..
terima kasih lagi sekali...
terimalah dan bersyukurlah dengan apa yang Allah beri pada kita. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tak kisah la sume lelaki atau sume perempuan. Yang penting sumenye sihat dan sempurna. Baik ada sume anak perempuan daripada tak ada anak langsung.
ReplyDeleteRamai anak pompuan senang tolong mama buat keje. Jangan pikir apa orang kata. Yang penting kita happy..
ReplyDeleteAin janganlah sedih, bersyukur dikurniakan juga ada anak. Untuk pengetahuan ain... abang sulung kak Zai 9 tahun kahwin baru dapat anak dua2 lelaki, abang yang kedua pula dapat tiga2 anak perempuan dan adik kak Zai pula empat2 anak lelaki. Mereka semua bahagia dan yang lebih seronok setelah masing2 punya menantu.
ReplyDeleteAin...
ReplyDeletebagi akak setiap anak yg dilahirkan adalah anugerah yg tk terhingga dr Allah...tk kiralah apa jantinanya..bersyukur sebab ada juga anak2 dari mereka yg langsung tiada zuriat...lebih tertekan bila ada yg asik bertanya bila nk ada anak..
esuk2 bila anak2 dah ada suami kan ada juga anak lelaki...walaupun hanya menantu...kan dik..don't be sad...
mcm tulah mulut org ain..kalau xde anak sibuk suruh branak, kalau kita asyik branak depa suruh brhenti branak n siap kutuk2 katanya asyik branak manjang....mmg susah nk tutup mulut2 yg xde insuran...senang cerita ain ckp nnti brderet2 la dpt anak lelaki bila anak2 dara dh kawin....xgitu??????
ReplyDeleteAllah...sapa la 'ringan' mulut bertanya hal2 mcm ni pada ain? bkn kerja kita nak menentukan jantina anak kan..apa lah diaorg ni..
ReplyDeleteAin..jgn susah hati..yang penting kita bg didikan yg baik pd anak dan anak2 menjadi anak yg soleh n solehah..tak kira apa jantina kalau ada anak lelaki tp perangai mcm ******* buat pa kan...?
Sabarla dik..
Ain.., bersyukur saja apa yg Allah bagi.. kita pun sama mcm awak.. kita lagilah.. 4 orang anak semuanya lelaki, sekurang2nya awak anak perempuan boleh jadi kawan awak dan bantu awak buat kerja rumah tapi saya? semua saya buat sendiri.. tapi saya okey... saya tunggu menantu perempuan hehehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, jika syukur dan redha itu diletakkan di kedudukan yang tinggi , semoga Allah memudahkan segala-galanya buat ukhti..
ReplyDeleteMungkin ibrah daripada Kisah Nabi zakaria a.s
barakkalahufik :)
jemput ke blog untuk menimba ilmu insyaAllah
larangan Isbal Dan Persoalan Berkaitannya
cam2 lah lumrah duniakn,
ReplyDeletemcm2 psoalan yang kekdg menyakitkn ati...dh sumenya di tangan ALLAH kn...alhamdulillah lah kan yang pastinya,kita dh ada cahaya mata anugerah dr ALLAH..biar lah org nak kata apa pon akak..kita x rugi pon..saya pon sama jgk,dua2 ank lelaki..belum lg ada puteri..
Salam Ainnoraini,
ReplyDeleteBetoi tu Ainnoraini....anak lelaki ka perempuan ka masing2 ada kelebihannya...alhamdulillah..walaupun lelaki semuanya,tapi kita masih ada anak jugak kan....bagi sesetengah orang tu tak dak anak langsung...
tak payah la Ainnoraini dok pikir sangat pasai benda2 ni...mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ni..yang pentingnya la ni bagi didikan yang sebaik baik dan yang secukupnya kat anak2...
yup...bsyukur dgn apa yg telah Allah aturkan...dh ada ank dkira cukup2 btuah...xkira la laki/perempuan. Sy lagi la...ank teruna tu lah satu2nya yg ada...blom de rezki nak tambah...dh 6 thn...tu yg sll sgt org dok tanya bila nk tambah...hukhukhuk.
ReplyDeletemcm cheq juga teringin nak gegurl plak sebab dah ada boboy ngeeee...alhamdulliah
ReplyDeletemacam tu la mulut orang kak..
ReplyDeletejangan dilayan sangat..masuk telinga kiri, keluar telinga kanan..
walaupun susah kita nak buat macam tu kan..seringkali tak penah cukup.
bersyukur kak..ada pasangan yang berbelas tahun kahwin tak ada rezeki timang cahayamata...semuanya di luar batas kemampuan kita yang hanya boleh merancang...
mulut orang kak...tak kan berhenti dari mengata...ada saja yang tak puas ati di mata mereka...abai kan saja kak...yang penting akak sekeluarga bahagia
ReplyDeleteain...
ReplyDeletekakros ada tiga orang anak...pun semua perempuan..
akak tak rasa ada yang kurang..
bahagia je....rumahku syurgaku!
Ya..kita bersyukur atas anugerah Allah SWT ini.
IM pun ada anak semua lelaki. Ok jer... IM la kena masak. kena kemas rumah..
ReplyDeleteTapi kemudiannya Allah berikan IM cucu perempuan.
kalo saya memang pantang kalo org cakap camtu kak coz sy pn ada 2 org ank pempuann dan satu lg suka sgt duk menaya bila nk tambah lagi..ikut suka kita la kan bila nk beranak lg..org yg jenis camtu memang sy laser jer kat dia..suka sgt nk jaga tepi kain org kan..sabar ye akak..
ReplyDelete