SAHABAT SEJATI
apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan.
Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
SeLaMat MeMbAcA....
kiter kawann kanns.. ihiks
ReplyDeletejika kita inginkan sahabat sejati, kita kena mulakan dulu dgn menerapkan sifat2 seperti yg diinginkan sebagai seorang sahabat sejati...mudah2an kita memperolehinya.
ReplyDeletebetul3x kite kawan kat alam maya ni kan en_ me..
ReplyDeleteboleh gak kongsi ceritakannnn...
salam..
ReplyDeletesusah nak cari sahabat sejadi
bermulalah dengan pasangan anda
pakciklie:
ReplyDeletebetul tu en lie...kite kena mulakan dulu..
saye pun nak jugak jadi sahabat sejati...
zulkbo:
ReplyDeleteinsya allah en zul saye pun rase suami saya adalah sahabat sejati saye...segala susah senang kami hadapi bersama...
SSH NAK CARI KAWAN @ SAHABAT YANG SEJATI KAN..KEBANYAKKAN NYER KAWAN TIAM DARI BELAKANG..
ReplyDeleteazie:
ReplyDeletemmg susah azie nak cari yg betul2 sahabat sejati ni...kadang2 ade jugak yg mengata belakang2...bile tak puas hatikan..
bukan senang nak cari sahabat sejati skang ni...
ReplyDeletecheqna:
ReplyDeletekebykkan yg nak bersahabat tapi ade sesuatu disebaliknye kan cheqna...itu bkn sahabat sejati namenye...
salam ain..terima kasih kongsi ..akak suka bacanya..harap anak2 akan mendapat kawan yang begini untuk kesejahteraan hidup mereka..
ReplyDeleteUntuk mencari sahabat yang sejati sekarang amat sukar...kadang2 dalam 10 tu cuma ada 1 je...itu pun Alhamdulillah...
ReplyDeletesahabat sejati bukan hanya saat kita suka tp sentiasa menjadi bahu tempat bersandar kala kita duka..
ReplyDeletekawan masa gembira memang ramai tapi di masa duka ...susah nak jumpa.
ReplyDelete*aini, awak tak nak tukar ke komen setting ni ke window pop-up.. saya xleh komen.. kena tunggu di rumah baru boleh... tiba rumah..faham2 jelah..lupa..