18 August 2010

Sayangnya Allah pada kita MANUSIA....


Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,  
 "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.  

 Malaikat yang di sebelah kanan lebih  
 berkuasa dari yang sebelah kiri.  
 Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka  

 malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat  
 di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan,  
 "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.  

 Malaikat yang di kiri bertanya lagi," 
 Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan,  
 "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana 
  kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan  
 mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu  
 sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, 
 "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya,  
 kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya  
 hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".


-RENUNGAN KITA BERSAMA  - 


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

5 comments:

  1. Salam...

    Begitu kasihnya Allah kepada hambanya namun manusia sering lupa dan ingkar kepada~Nya. Berbuatlah maksiat banyak mana, tetap juga Dia menerima taubat dan mengampunkan mereka. Kasih sayang Allah mengatasi murka~Nya.

    Moga sihat hendaknya dalam menjalankan ibadah puasa..

    ReplyDelete
  2. salam ainnoraini..betapa bertuahnya kita umat Muhammad ni kan..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...semoga kita tergolong dlm makhluk ALLAH yg sentiasa bersyukur diatas nikmatNya dan berbuat baik sesama kita dan ingati ALLAH selalu dgn menyembahNya...

    ReplyDelete
  4. Salam AIN... karpet HIJAU. Kita sukerrr...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini