20 August 2010

Roh di Bulan Ramadhan

Menurut satu hadith Rasulullah.. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.  

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.  

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.  

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu : doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

10 comments:

  1. sentiasa berdoa kpd ibubapa tak kira masih hidup atau sudah tiada...mudah2an kt jd anak2 yg soleh/solehah.

    ReplyDelete
  2. salam ain..roh kedua orang tua akak..bila balik kerumah..rumah kosong..tak ada sesiapa..sedih..

    ReplyDelete
  3. Sebab tu kita akan berasa sedih bila ada adik beradik saudara mara kita, tidak mempunyai zuriat...

    ReplyDelete
  4. pakciklie:
    betul tu ...kite hendaklah sentiasa mendoakan kedua ibubapa kite....baru nnt anak2 kite pun mendokan kite pulakkan...insya' allah..

    ReplyDelete
  5. kak erna:
    apa yg penting kak erna kite mengingatinye dan sentiasa mendoakan mereka disane agar permudahkan segala urusannye dialam sane.....

    ReplyDelete
  6. azieazah:
    alhamdulillah...dikurniakan zuriat...minta2 mereka akan mendoakan kite nntkan...insya' allah...

    ReplyDelete
  7. kesihankan pada org telah pergi itu...maka kita yg masih hidup seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana dan kerap sedekahkan al-fatihah...

    ReplyDelete
  8. Salam..bertandang lagi..
    apa khabar?Semoga anda selalu
    sihat dan di rahmati Allah jua
    hendaknya..

    ReplyDelete
  9. secangkir madu merah:
    dengan sedekahkan al-fatihah mudah2an dapat mempermudahkan segala urusannye disane...kite yg masih hidup ini harus lah mengingati pd mereka yg telah pergi...nnt kite pun kesane jugakan...

    selamat berpuasa yatie...

    ReplyDelete
  10. zulkbo:
    alhamdulillah saye sihat....en zul

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini