bulan september datang lagi...sekejapnya masa berlalu...tak terkejar rasanya lagi dikejar lagi la cepat masa berlari...
ini pun sekejap jer lagi dah sampai oktober, sedar-sedar dah nak masuk january la pulak...alahaiii...makin tuo den...redho jer la...itu la putaran hidup...yang muda akan tua...yang hidup pasti akan mati...kannn...
ini ada sikit buat renungan kita bersama-sama...
Empat Tanda Hidup Tak Berkat
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Manfaat Wuduk Sebelum Tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu
banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air
wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku
akibat keletihan selepas melakukan aktiviti. Berwuduk juga membuatkan fikiran
seseorang itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.
sekian...itu sahaja cerita untuk hari ini...
TQ Ain..pengkongsian yang sangat baik..untuk renungan kita bersama...:)
ReplyDeletep/s makan apa lunch ni?
hari ni makan mcd jer azi..
DeleteTerima kasih Ain kerana ingat mengingatkan. :)
ReplyDeletesama-sama kakcik...
Delete1 peringatan amat berguna!!
ReplyDeletesama-sama la kita saling berkongsi...
Deletetetiba kan kak sy tingat kwn sy ckp: aku ni duit byk tp pastu aku x tau mn pegi nyer duit aku...
ReplyDeletekakain pun selalu dengar org ckp mcm tu..anies..
Deleteharap2 kita tak jd mcm tu kann...
saya baru pg ni ckp dgn kawan, ehhhh da nak abes tahun kita nih... hu3
ReplyDeleteBetul tu AN...semakin lama semakin tua semakin menghampiri kematian...alahaiii...mengenangkan diri yg masih jahil ni!huhu
ReplyDeletetetiba nak abis tahun kan, mmg cepat masa berlalu, tanpa kita sedar....kita pun dah makin tua...oppssss!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih...entri ni buatkan daku refleksi diri semula