Roboh kilang pau
Oleh Hamizah Badiran
Kuala Lumpur: Kotor, berbau busuk dan menjijikkan. Itu situasi yang dapat dilihat di kilang membuat kuih pau berintikan daging babi yang terletak di Jalan 26, Selayang Baru, apabila serbuan serta aktiviti meroboh premis dilakukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.
Tidak cukup dengan itu, daging ayam dan babi yang diletakkan di dalam besen sewenangnya dibiarkan secara terbuka manakala bahagian lantai basah kerana ditakungi air.
Ketika serbuan dilakukan, terdapat juga daging babi yang sudah beberapa hari disalai digantung di dalam dan di depan pemanggang selain selebihnya disimpan di dalam peti sejuk beku.
Keadaan longkang juga tersumbat dan dipenuhi pelbagai kotoran termasuk lemak haiwan yang menyebabkan bau busuk boleh dihidu dari jalan utama lagi.
Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan MPS Leftenan Kolonel (B) Azmi Ismail berkata, tindakan menyita barangan kelengkapan membuat pau, bahan mentah dan meroboh premis adalah tindakan terakhir diambil selepas pemilik kilang tidak mengendahkan notis dan kompaun yang dikeluarkan sebelum ini.
“Ini operasi terakhir yang kami lakukan selepas menerima beberapa aduan daripada penduduk, mengeluarkan notis dan sebagainya, tetapi masih tidak mendapat maklum balas daripada pemilik kilang.
PEGAWAI MPS merobohkan kilang.
“Kira-kira 100 pegawai dan anggota dari bahagian penguatkuasaan, kesihatan, kejuruteraan dan perancangan bandar terbabit dalam operasi pada hari ini (semalam),” katanya.
Menurut Pengarah Kesihatan dan Pelesenan MPS Dr Razif Zainol Abidin, kilang berkenaan beroperasi tanpa lesen dan pernah ditutup selama seminggu pada 2007 di bawah Undang-Undang Kecil Establishment Makanan.
Malah, mereka juga diberikan tempoh selama beberapa tahun untuk berpindah ke lokasi lain kerana kawasan sekarang tidak sesuai untuk premis kilang yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan.
“Selepas melakukan pemeriksaan, saya dapati premis dalam keadaan yang amat kotor, terdapat pelepasan air terus ke longkang utama tanpa adanya sebarang pelan rawatan sepatutnya dipasang pada paip dan sebagainya.
“Kami turut menyita bahan makanan yang mungkin sudah tercemar kerana ia dikhuatiri membahayakan kesihatan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bangunan MPS Azam Mohamad pula berkata, binaan kilang itu didirikan tanpa kelulusan dan dibuat di dalam kawasan perumahan yang disambung dengan rumah kedai empat tingkat.
Perbuatan itu satu kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan di mana kompaun turut berjumlah RM12,500 dikeluarkan di bawah Seksyen 70 (11).
“Sebelum ini, notis roboh sudah dikeluarkan tiga kali dan yang terakhir dua minggu lalu manakala kompaun pula dua kali,” katanya.
Theyols ni sepatutnye mention la brand apa khen...if kotor then ader vavi mmg confirm x de sijil halal...ouch nk muntahhhhh😭😂
ReplyDeletehuhuhu...skrg ni mknan yg dimakan dh sukar nk tahu status sebenar....bila tgk youtube pasal tepung gandum pn dah rasa ngeri semacam......Moga Allah ampunkan dosa2 hambanya yg byk kelemahan....
ReplyDeletetak faham kalau dah confirmed kotor dan tak halal kenapa tak di siarkan nama syarikat
ReplyDeleteha'ah jenama apa erk pau tu.. saya suka jugak beli pau segera ni tapi orang melayu jual.. takut jugak kan sebab tak sure dari syarikat mana.. :(
ReplyDeleteya Allah..baca pon dah rasa kembang tekak
ReplyDeleteknape diorang suka sorok jenama apa?
ReplyDeletetak boleh telus ke?
Teringin pau beli jelah kat gerai nasi lemak makcik yg biasa kita beli walaupun tak gebu insyaallah terjamin.
ReplyDeletehuhu.. mmg jrg sgt beli pau.. lg2 y segera mmg x pnh beli.. biasa beli y homemade..
ReplyDeleteharap-harap tak ramai la yang makan pau ni. Kena hati-hati masa nak makan pau.
ReplyDeletekene berhati2 pulak nak makan pau lepas ni huhuhu
ReplyDeleteTulah AN apa agaknya jenama pau tu yeh......seramlah pulak nk beli pau segera
ReplyDelete