14 May 2010

TaZKiRaH PaGIi JuMaAt....

Sabda Rasulullah  s.a.w


"Berilah makan buah  kurma   kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya." 



Kebaikan  Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika  puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi. 

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa   melahirkan  nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w. 
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan  jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat. 


1)  KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". 

"Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)". 

Abu Abdillah a.s. bersabda: 
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan  pengaruh sihir". 

Abu Abdillah a.s. bersabda: 
"Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu setan". 

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.   bersabda: 
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". 


2) KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari  sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa  penyakit kecuali kematian". 

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat   menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan  lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan  saraf dan menghilangkan letih".. 

Imam Ali  a.s. bersabda: 
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia  tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak  disenangi". 

"Kismis  dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,  menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa". 

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan 
menyehatkan  jiwa". 


3) MADU


Nabi Muhammad  SAW bersabda: 
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat  melakukan nasehat Al-Qur'an, 
maka Allah SWT akan menyembuhkannya  dari 77 penyakit". 

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia   meminum madu". 

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat   mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam  dada". 

"Allah SWt telah  meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai  obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70  Nabi". 

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: 
"Madu  adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya,  ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". 

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: 
"Rasul saw  sangat menyenangi madu". 

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau  bersabda: 
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu  meminum madu dan membaca Al-Quran". 

**************************************************************************** 

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk  ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan  hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 



1. Ayahnya 
Apabila seseorang yg  bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia  tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar  solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya  tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh  anaknya. 



(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah,  bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah   kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka  bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.) 



2. Suaminya 

Apabila sang suami tidak  mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat,  memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki  yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun  seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya  tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya  bersama-sama ke dlm neraka. 

(p/s; Duhai  lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri  tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika   tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah  hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di  'taman' neraka sana .) 



3. Abang-abangnya 

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.  Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya  dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di  akhirat kelak. 

(p/s; Duhai lelaki yg  mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat  kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan  diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.) 



4. Anak2  lelakinya 

Apabila seorang anak tidak menasihati  seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila  ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata  dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan  dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan  ibunya ke neraka. 

(p/s; Duhai anak2 lelaki....  sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa....  krn ibu 
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika 
tidak,  kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 



Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia  malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg  bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan   mereka. 



Firman Allah S..W.T; 



"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka  dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..." 


SeLaMaT MeMbAcA.....


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

2 comments:

  1. Ainnoraini...terima kasih...akak nak copy & simpan ye...thankz

    ReplyDelete
  2. sama-sama la kite mengamalkanye......
    info ni pun..dah lame saye simpan...bile ada blog ni boleh kite kongsikan bersame....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini