29 November 2013

ada petua tak...

assalamualaikum...

selamat pagi,semoga kawan-kawan semua ceria dihari jumaat yang indah ini..rasa lama tak bersiaran, sunyi sepi ‘rumahku’ ini...terima kasih yee di ucapkan sebab ada jugak yang sudi singgah walaupun kadang-kadang tuan rumahnya asyik kelaut jer…

sejak dua menjak ni kann…sejak umur dah bertingker-tingkek ni,kan…sungguh ngeri tersangat la ngeri nyaaa..nak tahu kenapa…bila sikat rambut atau pun masa mandi  cuci rambut  ,kalau hari-hari macam ni harus rambutku jadi susut dan nipis…Ya Allah takutnya kalau boleh jadi botak la pulak…

tak tahu dah nak guna syampoo apa tau sekarang ni sebab segala jenis syampoo dah cuba…dah cuba dari yang murah , mahal…mahal tu tak la sampai ratusan dan ribu riban pun…harga puluhan jer…kawan-kawan semua ada masalah yang sama tak macam nii…

kawan-kawan ada petua tak atau pun syampoo yang sesuai dengan masaalah rambutku ini…tolongggg..tolonggg la yeeee…




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

21 November 2013

sampai kesitu difikirkannya...

Assalamualaikum…

Musim kenduri kahwin…kita pun seronok sebenarnya ada kenduri kendara ni…minggu lepas hari sabtu ada 2 jemputan esoknya ahad 2 jemputan lagi…memang meriah…lagi meriah semua tu kawan-kawan satu ofis punya kendurikann…seronok la dapat jumpa kawan-kawan yang lama tak berjumpa tu kann…

Bila pergi kenduri macam-macam buah tangan dapatkan…lawa-lawa pulak tu…sekarang ni macam-macam adakann…zaman dah berubah…kalau zaman masa saya ikut mak masa kecik-kecik dulu kat kampung kalau salam dengan tuan rumah tu cuma dapat telur dan pulut kuning jer…bila mak bagi kat saya,tak mahu makan konon sebab tak sedap...itu dulu-dulu masa kecik2...sekarang ni kalau dapat yang macam tu ,memang seronok habis sebab dapat pulut kuning lagi la kalau ada rendangkann...


Tetiba terfikir la pulak macam la nanti kalau anak kita nak kahwin…chewahhh jauhnya maknya berfikir tuuu…siap tanya en.asben lagi…kita nanti nak buat kenduri kahwin anak-anak…nak buat kat mana yee…kat dewan ke….atau kita buat kat rumah sambung lagi nanti nak nikah kat rumah ke atau kat masjid…hahaha… dasyattt koo sampai kesitu soalan ku tanya kat en asben kita tuuu…jauh betul melalut maknya ni tau…anak yang sulung baru 18 tahun dah nak fikir pasal kenduri kahwin pulakkkk…






Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

20 November 2013

sudah 19 tahun bersama...


assalamualaikum...

2013 - 19 tahun...
hari ini 20.11.2013 genap usia perkahwinan ku yang ke 19 tahun...sekejap masa berlalu tidak sedar sudah masuk angka 19 tahun...cuma doa dan harapan setinggi gunung agar jodohku dan suami berpanjangan sehingga hujung nyawa dan sehingga ke akhirat...

biar la tidak ada hadiah yang besar dan mahal untuk menunjukkan bukti kasih sayang kami..cukup sekadar doa kepada Allah agar kami bahagia bersama anak-anak dan agar kami sekaluarga tergolong dikalangan orang-orang yang dikasihi oleh Allah.

19 tahun hidup bersama, banyak pahit dan manisnya...bermasam muka , terkecik hati, terasa hati itu ada rempah ratus dalam setiap perkahwinan cuma yang paling penting kena ada sikap tolak ansur dan sabar...bertimbang rasa dan ada sikap saling hormat menghormati...

ini adalah sedikit kenang-kenangan yang lepas-lepas buat n3 sempena anibeserikannn...

2012 - 18 tahun...
  • 20112011- terlepas sudahhh...

  • 2010 - 16 tahun
  • puas carik cerita pasal anbeseri ni..tak ada la pulak...
  • ghupe2nya tak buat n3, masa tu baru belajar- belajar buat blogkann...





Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

18 November 2013

bila dapat berita ini...

assalamualaikum...


Jumaat malam selepas solat isya’…aku dapat berita yang tidak enak didengar dari suamiku…rasa nak terduduk dan lemah rasa sendi-sendi seluruh badanku ini…berat kita mendengar nya ,lagi berat bagi orang yang menghadapi dugaan itu kann…

Termenung seketika bila mendengar khabar berita itu…tiba-tiba aku terbayang wajahnya kakak iparku yang sangat ceria dan suka membuat orang-orang sekelilingnya gembira. Sekarang ini dia sedang menhadapai dugaan yang hebat, kita sebagai insan yang paling hampir akan cuba member sokongan moral yang secukupnya supaya dia jangan bersedih jangan ada gangguan perasaan, kena kuat semangat. kalau aku la berada ditempatnya…Ya Allah tak tahu nak bayangkan hati dan perasaan ini…mungkin rasa dunia ini gelap seketika…lepas tu kita kena bangkit dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit itu.

En suamiku cuba bagi nasihat pada kakaknya itu sebaik yang mungkin, en suami pun rasa tak sampai hati apabila mendengar  suaranya di telefon, sebab suaranya rasa sayu dan rasa susah hati mungkin macam-macam benda yang SIL fikirkan…kami hanya mampu suruh dia bersabar dan terus bersabar kuatkan semangat sebab SIL baru saja dapat tahu ada kanser tahap pertama, penyakit yang paling ditakuti oleh setiap wanita…Inshaa Allah setiap penyakit ada ubat dan penawarnya…lagi pun baru peringkat awal lagi…Inshaa Allah kita mampu berusaha dan bertawakal pada Allah semoga dipermudahkan segala-galanya segala usaha yang kita lakukan itu…

_____________________________________________________


Kebetulan ada kawan email hari rabu minggu lepas sepotong doa, sama-sama la kita amalkannya…

UNTUK PENYEMBUH PENYAKIT KANSER, KENCING MANIS YG KRITIKAL DAN LAIN-LAIN PENYAKIT JUGA SEBAGAI ANTI BIOTIK BAGI YANG BELUM DITIMPA PENYAKIT

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

MAKSUDNYA :-

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
 




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

14 November 2013

yang mana satu sedap...

assalamualaikum....

Kawan-kawan nak tahu, saya sekarang ni tahap kelaparan...sebenar memanjang jer lapar ni...dah makan lapar lagi...dan lagi...macammana  nak buat pun tak tahu, jawapnya makan jer laa...jomm bukak laci, sedang memilih nak makan apa...

ini pemandangan dalam laci saya tau...dapat laci bertinkek-tingkekkan..tingkek bawah buat simpan stok makanan masa darurat...bukak jer macam-macam adaaaa...pilih jer nak yang mana...dasar orang kuat makan memang macam nii...tiba-tiba mata ni berkenan...

tadaaa...yang ini makan semasa sedang lapo memang sedap gilerr ni kann...ok la nak masak air jap kat pantryku itu...mahu remdam ini MAMEE...

Opss,sebelum terlupa nak ucapkan tahniah kepada anak-anak yang berjaya dengan keputusan UPSR ,jangan kecewa ye pada yang kurang mendapat A tu kann...apa-apa pun tahniah...






Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

12 November 2013

kalau lah...

assalamualaikum...

selamat pagi semua...
jom kite renung-renungkan...

memang betulkann...kalau dapat dilihat seksa neraka...
Ya..Allah ampuni la segala dosa-dosaku...Ya Allah...






Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

11 November 2013

pokokku...nak buat apa ye..

assalamualaikum...

selamat berehat-rehat dihujung minggu...ini cerita semalam yee..sebab semalam kami sekeluarga tidak keluar kemana-mana pun...duduk bersantai-santai dirumah sahaja...walupun duduk rumah pun, sebenarnya banyak tugas- tugas dari huruf 'M'yang perlu dibuat...nak tau apa dia tu tugas dari huruf 'M"...ini dia...
1.memdobi kain baju,tuala & apa2 yg dicapai oleh tangan ni..
2.mengemas,sapu lantai  & kasi lap habuk2 yg bertingkek2 tu kann....
3.memasak, semalam masak yang mudah-mudah jer,tom yam, ayam sambal, goreng ikan...
4.melipat , apa lagi kain baju la kann, dah kering kene la lipat kalau tak lipat..membukit tingginya...
5.melepak ,depan tv ajer ,sambil baring-baringan...
6.membebel pun ada jugekkk...dengan rakyat jelata...bukan membebel tapi bagi nasihat...

sebenarnya ada bermacam- macam tugas kan bila cuti-cuti hujung minggu ni...ialah bila hari biasakan bekerja...kemas pun ambik yang wajib jer kan...tolak sana, tolak sini tutup mata jer kalau ada yang tak berkenan dihati tu...

bila tengok kat luar rumah, sakit mata  la pulak jugak tengok kat halaman sejengkal kat rumah nii...dah berserabut...pokok pandan pun dah beranak pinak...ada pokok-pokok lain jugak, tapi malu nak tunjuk sebab ada yang kurus kering..ada yang segar bugar...bila dah bercampur-campur serupa jadi hutan la pulak halaman ku itu...

ni la dia pokok pandanku...suka dengan daun pandan ni tau, kalau nak nemasak senang jer...tapi bila beranak pinak macam ni dah tak tahu nak buat apa...sebab pokok pandan ni mudah hidup...

kawan-kawan ada idea tak,nak buat apa daun pandan ni...selain dari buat memasak...



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

08 November 2013

sedap jugak tau...

assalamualaikum...

malam ni kita makan pizza...tapi bukan ler pizza hut tau, pizza buat sendiri je..main campak-campak je...apa yang ada kat rumah jer bahan semuanya tu...

ini la ghupenye...jadi la kannn...selongkar jer semua bahan dalam petiais jer...maka jadi lah pizza ku ini...tengok ghupenya, tidak le lawa sangat pun ...tapi sedappp tau ... huhuhu puji diri sendiri...kalau nak tahu akak guna roti jer sebab malas nak buat dan nak menguli tepung buat doh...

tadaaa dah siap...ini jer yang sempat nak ambik gambar pizza ku yang sedap tu...hampir licin dimakan oleh rakyat jelataku semua tau...kalau nak tahu pizza campak- campak tadi buat 2 tray...bila habis dimakan semua tu kira sedap la kan...puji diri sendiri lagiii...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

07 November 2013

nak kemana yee...

assalamualaikum...

Sudah bulan November...tak lama lagi bermula la cuti sekolahkann...maka dalam kepala akak ni,sedang berfikir-fikir nak bercuti kemana la pulak bersama dengan rakyat jelata, dan kaum kerabat nak ikut jugak, lagi ramai lagi meriahkan, jalan-jalan cuti-cuti Malaysia ni...tapi bukan la keluar negara pun..dalam negeri Malaysia jer...jadi la kann, dah budget pun ciput jer kann...

Kalau nak pergi jalan-jalan obersi kene budget besarkann..tunggu la akak kayooo...kalau kayooo tiap-tiap bulan pergi melancung...angan-angan lagiii...seronok berangan nikannn....

kawan-kawan semua ada perancangan ke semasa cuti sekolah ni...kot-kot boleh diintai-intai kawan-kawan pergi manakann...ok la nak sambung lagi pencarian yang tak sudah ni...kot kawan-kawan ada tempat yang menarik  ke, boleh la dikongsi-kongsikan disini ye...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

06 November 2013

WW - kene ikat...

WW...

jommm...minum dulu...

tengok la tuu...kesiankan...dah kene ikat...
kalau tidak...terburai badannya tuu...





Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini