Assalamualaikum…
Balik kerja hari Jumaat yang lepas, pusing kepala paip…
huwaaa, rasa nak nangis tak ada air…sebelum ni asyik dengar kawan-kawan saja cerita ada ada air kat kawasan rumah masing-masing…sekarang
ni dah kene diri sendiri…kene la berjimat cermat bila nak guna air , 2 hari catuan air, nasib
baik ada buat simpanan air, boleh diguna masa-masa darurat… harap-harap
mencukupi untuk digunakan kami
sekeluarga selama 2 hari…
Bila air tak ada banyak benda kerja yang tertangguh kat
rumah tu, basuh baju, hendak masak kena guna air, bila dah masak nak basuh
segala benda alatan dapur, bila nak makan guna pinggan mangkuk , cawan…itu
semua kena basuh guna air…pening bila memikirnya cara-cara nak berjimat cermat
guna air selama 2 hari…
Jumaat, Sabtu tak ada bekalan air, Ahad air ada semula… baru
la lega rasanya…hari ini isnin ada air…esok dan selasa tak ada air kalau ikut
jadual catuan air macam tu la agaknya…aduhhh letihnya…kalau keadaan berlarutan
catuan air ni…
Baru tahu betapa pentingya air…