Assalamualaikum…selamat pagi untuk semua dipagi yang ceria
ini…
Malam tadi semasa dalam kereta…tiba-tiba hanim bertanya…biasa
budak-budak besar-besar ini apa yang dia tak puas hati mesti nak kepastian
benar ke tidak apa yang kawan dia sampaikan tu kat diakann…
“ma…pernah tengok pelangi tak…”
“pernah la..cantikkan dia warna warni pelangi tu…”
“kawan hanim cakap kalau kita nampak pelangi tak boleh
tunjuk nanti jari kita hilang…”
“laa..siapa pulak
cakap macam tuu…”
“aida…mak dia bagi cakap macam tu…betul ke… macam tak
percaya jer…macam mana pulak tunjuk pelangi tu boleh hilang jari, ada magik ker…kan
ma…”
Hahaha…nak tergelak pun ada masa tu tengok muka si hanim tu…sampai
macam tu sekali dia punya takut dan rasa tak puas hati…
rasanya zaman dah berubah anak-anak sekarang tak boleh ditipu
dengan alasan dan jawapan macam tu kan…sekarang punya masa kena terangkan
dengan jelas supaya anak-anak kita faham bukannya bagi jawapan yang luar
jangkaan kita…
dan maknya ni pun terangkan la dengan lebih terang dan lagi
jelas sebab-sebabnya kenapa seseorang tu
bagi jawapan macam tu bila nampak pelangi pada anak-anak sebaya macam hanim ni…
bila dah terangkan baru la dia faham…
“ooo…macam tu rupanya yee…baru la hanim tau…nanti hanim nak
cakap kat aida la…kalau kita asyik tunjuk pelangi ,mata pandang kat langit,tiba2
terlangar batu ke kayu ke…nanti kita jatuhkan patah kaki ke tangan ke…jatuh
pastu kepala kena batu,berdarah kena pergi jumpa dokterkan…”
Sebenarnya bila hanim tanya soalan macam tu tiba-tiba
teringat kat kawan maya kita tu... ANIM -Salah mama@salah anak?
sapa tak sukakan bila tengok warna cantik macam ni...pinjam kat pakcik google yee kasi tepek kat sini...kasi cerah sikit mata ni nengoknya tuu...
Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan