13 June 2014

Roti pun sedap...

Assalamualaikum,

Semoga ceria dipagi jumaat ysng indah ini...bersyukur kita masih lagi bernafas dibumi Allah ini...mari kita berselawat keatas nabi Muhammad s.a.w sebanyak yang termampu...dan berzikir Ya Allah sebanyak yang boleh...semoga kita dipermudahkan urusan hari ini dan diberkati oleh Allah kepada kita semua...jika ada perasaan sakit hati,tersentuh hati  tak kira pada siapa pun pada semua makluk Allah hendaklah kita memaafkan...baru la kita akan ceria dan gembirakan...


Pagi ini, makan ini ajer...bawak dari rumah...agak-agak kenyang tak?? kalau hari-hari makan nasi lemak, tak bagus jugakkan...lagi pun beberapa hari jer lagi nak berpuasakann...tu sebab belajar makan yang tak berat....




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

11 June 2014

huwekkkk...nak muntah tau...

Assalamualaikum,

Semoga ceria dan gembira kawan-kawan alam maya kusemua...hari ini sampai awal ditempat kerja, seronoknya tak terkata sebab tak perlu bersesak-sesak kat jalanraya.

Bila sudah sampai awal sempat la membeli makanan untuk sarapan pagi untuk mengisi perut yang kosong ni...beli popia dan mihun goreng putih...harap-harap sedap la bila makan makanan tu semua.

Lepas bayar harga makanan, capai la tisu ni beberapa helai...sampai kat ofis buat lap tangan...nak tahu tak...kenapa laa tisu ni bau tak menyenangkan...huwekkkk nak muntah weiii...apa jenis bahan yang diguna untuk buat tisu ni kannn...

Nasib baik ada tisu sendiri...lega...tak berbau seperti tisu tadi...nak lap mulut, tangan baru la rasa seronok sikit. Kawan-kawan pernah dapat tisu macam tu tak?...mungkin harga dia murahkan...tu sebab quality tak berapa nak bagus...peniaga lebih pentingkan quantiti sahaja.



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

07 June 2014

kesian...

Seronok ke jadi kucing??


Mungkin seronokkan tak perlu nak fikir macam-macam,seperti manusia banyak benda perlu difikirkan...kadang-kadang sampai serabut fikiran ni...itu belum masuk bab jiwa kacau...tekanan perasaan...

Cuba tengok gambar kucing tu...senang hatikan...dah makan...dah kenyang...apa lagi...tidur jer la kerjanya...kucing kesayangan rakyat jelata kat rumah ni namanya pichi...dia ni kucing jalanan,tak tahu la siapa yang buangnya...sebab kesiankan kami pun bela la pichi ni...


Ini la dia, wajah pichi semasa rakyat jelata jumpa,kucing buangan duduk dalam longkang rumah kami...kesiankan...tak sampai hati pulak bila tengok anak kucing ni...








Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini