13 May 2013

tiada lagi panggilan untuk 'MAK'

assalamualaikum....

SELAMAT HARI IBU pada semua sahabat-sahabat dialam maya ini...seronok baca N3 kawan-kawan yang sambut hari ibu dengan insan yang paling disayangi didunia ini... ialah tanpa ibu siapa la kita kt dunia ini kan...ibu adalah segala-galanya...

aku yang bernama Ain...pada tahun ini adalah tahun pertama menyambutnya  tiada ibu lagi didunia ini...tiada lagi panggilan "MAK"...yang ada hanya kenangan suka duka bersama ibu sahaja...dari kecik sehingga aku bergelar remaja dan sehingga aku berkahwin punya anak-anak sendiri...dan baru aku tahu perasaan seorang ibu...

Esok 14.03, genap dua bulan mak tiada didunia ini dan esok 14.05, anak mu  mak...inshaa Allah akan ketanah suci Mekah dengan izin Allah...anakmu ini akan  mendoakan kabahagian untuk Mak dan Abah di rumah Allah nanti ,sebagai anak tiada pemberian yang paling istimewa buat mak...cuma anak mak mu ini mampu sedekahkan Alfatihah buat mak...agar mak dan abah berada dalam keadaan aman di alam barzah dan lapangkan dan dipermudahkan segala urusan mak dan abah jangan kau siksa ya Allah ya tuhanku orang yang paling aku sayangi didunia ini...aminnn....


Inshaa Allah jika ada rezrki kita jumpa lagi ya sahabat-sahabat yang disayangi semua...Dokan supaya kami dipermudahkan segala urusan di Tanah suci nanti...aminnn....



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

23 comments:

  1. kakak ain...
    selamat hari ibu....
    xoxo....

    ReplyDelete
  2. alfatihah buat ibu ain.. moga rohnya teramat senang di sana..dan selamat menunai kan umrah pergi dan balik

    ReplyDelete
  3. Doa buat ibu tak putus walau dia telah tiada lagi Ain.

    Moga perjalanan ibadah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. Salam Takziah buat Kak Ain sekeluarga di atas pemergian arwah ibunda tercinta..

    maaf, Me dah lama tak jenguk Kak Ain, harap kak Ain dan sekeluarga sentiasa di dlm peliharaan Allah swt...

    ReplyDelete
  5. al fatihah buat arwah..moga beliau tenang disana...

    moga perjalanan ke tanah suci dipermudahkan olehNya...
    selamat pergi dan kembali..

    ReplyDelete
  6. Al fatihah..

    Moga dipermudahkan urusan ibadah umrah, Insya Allah

    ReplyDelete
  7. alfatihah..

    selamat pergi dan selamat pulang kak

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah buat insan yg kita sayang...

    Aina doakan Kak Ain dan suami dipermudahkan semua urusan di sana nanti. Doakan yang terbaik buat Aina jugak ketika di sana ye Kak Aina.

    ReplyDelete
  9. bertabah ya kak ain. al-fatihah.

    saya doakan akak selamat pergi dan selamat kembali. selamat mengerjakan umrah dan semoga dipermudahkan sewaktu di sana.

    ReplyDelete
  10. salam..17 hb ni genap setahun mak saya telah kembali. saya faham isi hati anda.
    alfatihah buat mak kita.

    semuga tenang dan lapang disana

    wasalam

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah buat mak ain.

    Selamat pergi dan kembali.

    ReplyDelete
  12. al fatihah buat arwah bonda ain...

    Selamat berangkat ke tanah suci...moga Allah permudahkan segalanya...In shaAllah...

    ReplyDelete
  13. salam takziah.,
    in shaa Allah,..,moga ibadah umrah kak bjalan dgn baik.. aimn

    ReplyDelete
  14. Rasanya tak basi lagi untuk saya ucapkan selamat hari ibu..

    ReplyDelete
  15. semoga dipermudahkan oleh NYA segala urusan kak ain di sana yer~

    selamat hari ibu jugak buat kak ain~

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah buat arwah emak dan abah Ain.. semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

    Dan selamat hari ibu juga buat Ain semoga Ain di sana sihat2 dan dpt mengerjakan ibadah umrah dgn sempurna..

    ReplyDelete
  17. Salam kenal ain..

    Selamat Hari Ibu ..ain..

    takziah buat ibu ain.. semoga rohnya ditermpatkan dikalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah.. sehari dia lagi balik lah ye..

    ReplyDelete
  19. sedih pulak membaca coretan ni..
    hanya tinggal kenangan bersamanya yg sentiasa subur..alfatihah untuk ibubapa tak pernah putus2..

    ReplyDelete
  20. kak selamat hari ibu
    kak jgn sedih2 macam nie yeee

    ReplyDelete
  21. Ada rasa kesayuan disitu Ain....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini