10 September 2013

bahaya jugakkan...

Suami, isteri mati direnjat alat pemanas air

Kuala Lumpur: Bayi berusia enam bulan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu dan bapanya warga Jepun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dipercayai daripada alat pemanas air dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Jalan Kiara 2, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, lelaki berkenaan sedang mandi sebelum menjerit selepas terkena renjatan elektrik dan isterinya yang panik cuba menolak suaminya dengan tangan menyebabkan dia turut terkena renjatan.

Kejadian itu hanya disedari selepas seorang pekerja pencuci bangunan itu memaklumkan terdengar bunyi tangisan bayi tidak berhenti-henti lalu memaklumkan kepada pejabat pengurusan kondominium itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mangsa lelaki itu ditemui dalam keadaan masih memegang paip besi dan mempunyai kesan terbakar di muka.
“Mangsa lelaki dipercayai sedang mandi manakala isterinya yang masih berpakaian tidur pula meninggal dunia ketika cuba menolong suaminya yang terkena renjatan elektrik.
“Mangsa lelaki bekerja di sebuah kilang elektronik di Shah Alam manakala isterinya pula tidak bekerja,” katanya.
Menurutnya, pasangan berkenaan mempunyai seorang anak berusia enam bulan dan pasangan itu difahamkan tidak mempunyai keluarga di Malaysia.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/1*********************************

Diiambil dari Harian Metro...
Bahaya jugakkan guna alat pemanas air ni, tapi kalau dah ajal tak oleh nak dielakkan jugakkan…mungkin itu  cuma penyebab punya kematian seseorang…tapi risau jugakkan…lagi la kalau anak-anak kecil suka main sambil mandi dalam bilik air yang ada alat pemanas ni…kena berhati-hati…




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

14 comments:

  1. ya allah kesiannya.. berapa lama la agaknya baby tu nangis sebelum orang sedar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..bila kakain bacanya tadi rasa takut la pulak kalau ada alat ni..malang tak berbaukan...
      kesian dan sedih kat bb dia tu...tak ada ibubapa lagi..mesti lama dia menangis tu kann...

      Delete
  2. banyak dah kes camni kakain..maybe jugak sebab takde safety kat alat tu..pepon mungkin jugak dah ajal..sian kat baby..
    zee pon risau gak sebab kat umah memang pakai ni..kalo tak sejukkk nak mandi..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada alat tu bila mandi pagi2 kurang la sejuk sikitkann...
      tapi kene berhati-hati dan selalu buat pantau alat tu supaya lebih selamat ketika mengunakannya...

      kesian kat baby tukan...hishhh tak boleh nk bayangkan...

      Delete
  3. Ksiannya bby tu... bukan baru je kes mcmnie dah byk yg berlaku. Sebabtu kat umh xpernah pun ada benda nie takut nak pakai. Rasa nak mandi masak air panas jerk tuang dlm baldi lbh selamat..uhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..

    takut pulak saya, itulah kalau dah ajal kan.. kesian baby tu..

    ReplyDelete
  5. memang kena jaga2 dengan barang letrik nih.. lagi2 dengan anak2 kecik yang tahu erti bahaya.

    ReplyDelete
  6. Itu hanya penyebab kan sis...kesian baby tu...sudah ajal ibu ayahnya..

    ReplyDelete
  7. kak ain..
    anak2 kat rumah mmg mandi pakai water heater...selalu yan tinggalkan jek diorang mandi..pasni kene jaga2 laa...

    ReplyDelete
  8. Kesiannya..benda2 gini mcmana nak kesan ada problem. Cuma kita doa moga terhindar dari musibah begini.

    ReplyDelete
  9. Mmg takut bc berita ni. Ank ank suka sgt mandi air pns. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  10. kadang2 seriau juga nak guna water heater ni tapi tak ada, payah juga anak2 nakmandi pagi tambah2 musim hujan ni...

    p/s malang tak berbau...

    ReplyDelete
  11. Memang dari dulu lagi Okje takut nk guna heater ni tau AN.... Sanggup lagi mandi air sejuk ..

    ReplyDelete
  12. Alahai kesiannya....kita baru fikir nak guna...pemanas air nie...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini