15 July 2011

apa keistimewaannya....

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), 16.7.2011 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1432H)
 
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
 
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
 
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
 
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
 
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 16.7.2011)
 
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 16.7.2011)
 
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
 
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
 
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
 
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
 
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
 
Antaranya yg termasyhur adalah:
 
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
 
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
 
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
 
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang
mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
 
 
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'abankerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
 
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
 
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
 
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,
 
"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
 
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
 
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
 
Wallahua'alam
 
 


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

19 comments:

  1. Salam Jumaat Ain,
    terasalah diri ini sangat dhaif...banyak lalai / lupa / banyak dosa.... namun Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang, diberinya kita kesempatan untuk keampunan...

    ReplyDelete
  2. amie:
    same la kite ni jugak amie,rase mcm tak cukup jer amalan yg ade sekarang ni...umo dah makin meningkat..

    same2 la kite saling ingat mengingati...

    ReplyDelete
  3. Tq for this gud info ye ain.... Mmg tiap2 tahun pon lupe, bgslah entry ni

    ReplyDelete
  4. kita ni masih tak berkesempatan
    nak puasa lagi...awal bulan tu
    datang period lepas tu demam pulak

    harap2 nx week dptlah puasa...

    thanks ain..info yg amat berguna :)

    ReplyDelete
  5. mmg terlupa pasal ni, sib kak ain ingatkan

    ReplyDelete
  6. sekejap je nak masuk malam 15..bulan depan dah puasa..

    thanks for sharing kak ain..:)

    ReplyDelete
  7. kjapnya ms blalu....ok insyaAllah cuba buat yg tbaik...rasa sayu la plak...isyh lalai btullah sy ni

    thanx kak!

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas ingatan ainnoraini...

    esok teringin nak puasa..
    tapi ada pula program rimup ...

    sekali lagi terimakasih atas ingatan mlm nisfu saaban..moga kita mengambil iktibar dan pengajaran hikmaah sempena malam2 tersebut yg baik itu.

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak ain...besar sungguh malam nisfu syaaban rupanya...dapat jugak la pahala sambil2 BW ni..

    ReplyDelete
  10. bagus info ni.. thank's for sharing ^___^

    ReplyDelete
  11. Terima kasih yg tidak trhingga atas ingatan....selalu lupa tntng Nisfu Syaaban....biasanya, emak akan call tlong ingatkan....

    ReplyDelete
  12. buku lama pergi,buku baru tiba...

    ReplyDelete
  13. terima kasih krn saling ingat mengingati n brkongsi ilmu...itulh rakan yg trbaik....krn kita sntiasa lalai....

    ReplyDelete
  14. each time bukak buku baru, nak berazam itu & ini..harap2 this time betul2 berubah:)

    ReplyDelete
  15. "selamat menyambut Nisfu Sya'aban..smga buku baru kita lebih baik dr buku lama.."

    ReplyDelete
  16. memang banyak kebaikannya .. thanx for sharing dik ... alhamdulillah akak dpt berpuasa 4 hari di bulan mulia nie :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih kongsi info,bermakna tak lama lagi kita akan berpuasa.

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Ain..
    TQ ye sudi kongsi ilmu untuk kami sama...memang banyak ganjarannya kalau kita rajin beramalkan...

    Tapiii...saya tak sempat nak baca yasin malam tu..kan sibuk dengan kenduri..:(

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini