06 December 2013

sakit hati kee...terasa hati kee...



Bila hati disakiti ingatlah....

1. Allah Maha Penyayang - Dia sentiasa ada untuk menenangkan amarah dalam diri.

2. Allah akan menghapuskan segala dosa dan mengirim amalan-amalan baik orang yang menyakiti hati kita kepada kita.

3. Pasti ada hikmah disebalik yang terjadi. Mungkin ia sebagai titik perubahan atau anjakan paradigma dalam diri untuk kita menjadi orang yang lebih baik. 

4. Sebagai kafarah di atas segala dosa-dosa yang lepas. Mungkin syurga yang indah sedang menanti kita dan suami tercinta di akhirat kelak.

5. Pasti ada pembalasan Allah yang sedang menanti kepada mereka yang menyakiti kita, seperti pepatah Inggeris mengatakan " what goes around comes arounds".

6. Sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup untuk mematangkan fikiran dan menguji kekuatan iman untuk menghadapinya.

7. Allah menunjukkan kita siapa sebenarnya teman hidup yang sejati dan siapa sahabat yang benar-benar ikhlas membantu kita.

8. Allah menunjukkan kita siapa mereka yang sebenarnya - nampak seolah-olah baik, mesra atau wara' tetapi sebenarnya adalah batu api yang menyala-nyala.

9. Allah mengabulkan doa-doa kita dengan mudah dan menunaikan impian hidup kita. Sebagai contoh, Allah telah membuka pintu rezeki yang melimpah ruah dan menganugerahkan kita keluarga yang bahagia. Alhamdulillah.


maaf ya dan mintak izin copy paste tapi tak ingat tuan punya blog ni pulak...

** tapi aku ada terasa hati kahh...sakit hati kahhh...tapi kalau ada pun itu semua adalah lumrah kehidupan hati seorang manusiakan, kadang tercuit kadang-kadang terasa sikit...cuma yang pasti pandai-pandai lah untuk mengawalnya supaya jangan jadi geng dengan syaitan...







Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

20 comments:

  1. Terasa hati ke, sakit hati ke, janji kenalah pandai mengawalnya. Kalau tidak, susah pulak nanti. Adatlah kan dalam hidup ni kadang kala terasa begitu.

    ReplyDelete
  2. lumrah manusia....cepat sakit hati...

    ReplyDelete
  3. kita manusia punya perasaan...
    tapi walau apa terjadi...
    jangan cepat melatah ...
    kena muhasabah diri dulu....

    ReplyDelete
  4. terasa hati ke kecik hati ke tu biasalah.. lebih2 lagi macam CM ni yang berjiwa seni.. ha ha perasan tak hengat.. tapi depan orang kena tunjuk cool je la dalam hati bersimpul-simpul he he

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, moga kita jadi seorg yg kuat n tabah.....

    ReplyDelete
  6. pernah juga terasa hati dengan seseorang.. lama-lama perasaaan tu berlalu macam tu je..

    ReplyDelete
  7. Semoga kita tabah hati bila hati kita disakiti,anggaplah sbg pencuci dosa kita yg lalu.

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. semoga kita semua sentiasa dilindungi dari bisikan syaitan yg direjam.. aamiin..

    ReplyDelete
  9. salam.tq share!bagus ni...biasalah dlm mjalani hidup seharian mesti ada yg tercuit hati ..yg penting cara kita tanganikan

    ReplyDelete
  10. Salam kak. Sy bt org sentap hari ni. Rs bersalah pulak...

    ReplyDelete
  11. Iyerlah kak....saya pun selalu terasa hati. Tapi cepat2 istighfar dan serahkan pada Allah. Allah Maha Mengetahui. Saya sentiasa fikir, itu semuanya adalah berpunca daripada saya agaknya. Saya tak cukup baik, saya selalu alpa dan saya mungkin dah menyakitkan orang lain... Maka, terimalah dengan lafaz Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. kita ni perempuan kadang2 memang cepat terasa sket huhu

    ReplyDelete
  13. was here ain...hati adalah ujian dlm kehidupan..pelbagai rasa dan manusia itu sentiasa diujiNya..

    ReplyDelete
  14. kira asam garam kehidupan la kan. Kalau xde asam, takde garam.. lauk pon jadi serba tak lengkap... sama la dgn kehidupan kita kan..

    ReplyDelete
  15. lumrah dlm kehidupan..
    apa2 pon hnya pd tuhan tmpat kt mgadu..

    ReplyDelete
  16. hanya padaNYA tempat kita mengadu... sebagai manusia mmg kita tak dapat nak elak diri dari masalah ni

    ReplyDelete
  17. lama tak bw n mjengah blog sdiri...k.ain apa khabar?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini