29 November 2013

ada petua tak...

assalamualaikum...

selamat pagi,semoga kawan-kawan semua ceria dihari jumaat yang indah ini..rasa lama tak bersiaran, sunyi sepi ‘rumahku’ ini...terima kasih yee di ucapkan sebab ada jugak yang sudi singgah walaupun kadang-kadang tuan rumahnya asyik kelaut jer…

sejak dua menjak ni kann…sejak umur dah bertingker-tingkek ni,kan…sungguh ngeri tersangat la ngeri nyaaa..nak tahu kenapa…bila sikat rambut atau pun masa mandi  cuci rambut  ,kalau hari-hari macam ni harus rambutku jadi susut dan nipis…Ya Allah takutnya kalau boleh jadi botak la pulak…

tak tahu dah nak guna syampoo apa tau sekarang ni sebab segala jenis syampoo dah cuba…dah cuba dari yang murah , mahal…mahal tu tak la sampai ratusan dan ribu riban pun…harga puluhan jer…kawan-kawan semua ada masalah yang sama tak macam nii…

kawan-kawan ada petua tak atau pun syampoo yang sesuai dengan masaalah rambutku ini…tolongggg..tolonggg la yeeee…




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

21 November 2013

sampai kesitu difikirkannya...

Assalamualaikum…

Musim kenduri kahwin…kita pun seronok sebenarnya ada kenduri kendara ni…minggu lepas hari sabtu ada 2 jemputan esoknya ahad 2 jemputan lagi…memang meriah…lagi meriah semua tu kawan-kawan satu ofis punya kendurikann…seronok la dapat jumpa kawan-kawan yang lama tak berjumpa tu kann…

Bila pergi kenduri macam-macam buah tangan dapatkan…lawa-lawa pulak tu…sekarang ni macam-macam adakann…zaman dah berubah…kalau zaman masa saya ikut mak masa kecik-kecik dulu kat kampung kalau salam dengan tuan rumah tu cuma dapat telur dan pulut kuning jer…bila mak bagi kat saya,tak mahu makan konon sebab tak sedap...itu dulu-dulu masa kecik2...sekarang ni kalau dapat yang macam tu ,memang seronok habis sebab dapat pulut kuning lagi la kalau ada rendangkann...


Tetiba terfikir la pulak macam la nanti kalau anak kita nak kahwin…chewahhh jauhnya maknya berfikir tuuu…siap tanya en.asben lagi…kita nanti nak buat kenduri kahwin anak-anak…nak buat kat mana yee…kat dewan ke….atau kita buat kat rumah sambung lagi nanti nak nikah kat rumah ke atau kat masjid…hahaha… dasyattt koo sampai kesitu soalan ku tanya kat en asben kita tuuu…jauh betul melalut maknya ni tau…anak yang sulung baru 18 tahun dah nak fikir pasal kenduri kahwin pulakkkk…






Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini