31 October 2013

untuk apa ni ye...

assalamualaikum...

selamat pagi kawan-kawan semua semoga ceria dihari khamis yang indah ini..hari ini saya ceria...memang ceria tau sebab hari ini tak perlu pergi opis...sebab hari ini ada training di golf club kota permai...


apa nii...pergi training bawak ni...bawak baldi...training apa ni...yang sebenarnya barang-barang ni semua bukan saya yang punya...kalau bukan saya yang punya, siapa pulak yang punya...untuk barang-barang ini semuakan.

barang-barang ni semua untuk hanim...katanya ustazah suruh bawak kelengkapan untuk mandi...sabun mandi,ubat gigi,syampoo,baju ,seluar panjang, tudung,tuala,baldi...

nak tahu kenapa ustazah sekolah agamanya itu suruh bawak barang-barang itu semua...sebabnya disekolah agama itu ustazahnya mahu tunjuk dan ajar bagaimana cara-cara mandi wajib...tidak kira pelajar lelaki dan perempuan semua kena belajar dan bawak barang-barang itu semua sendiri...

baguskan...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

30 October 2013

makan lagi...

selamat malam...bersiaran dimalam hari...hari ini hari rabu yee..sekejap jer dah rabu esok sudah hujung bulan...susah hampir kepenghujung tahun...waduhh waduhh sudah masuh Nov... lepas tu Dec sekejapnya rasa sudah berlalu setahun...wahhh tak lama lagi sudah masuk tahun baru 2014...meningkat lagu satu angka umurkuuu...inshaa Allah jika Allah masih sayang lagu padaku akan jumpa pada tahun hadapan...

tahu ke apa benda yang berbungkus tuu... mesti tahu kann...dah makan nasi tapi tekak ni nak makan beger jugak...nafsu...nafsu itu nama nafsu makan...pantang teringin nak makan ajer...sabar jer ler...bila dah makan hati pun jadi senang...perut sudah kenyang dan mata pun makin berat mahu bukak kelopak mata yang tak berapa nak lebat bulu mata ni...masa tu terbayang-bayang bantal je mahu beradu...

ok la ye...esok kita jumpa lagi dan sambung cerita lain pulak yee...selamat malam semua...

Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

28 October 2013

mandi manda...

assalamualaikum...

lama rasanya tidak bersiaran...nak kata sibuk tak sibuk mana pun...cuma nak buat cerita kat blog ni ada pasang surutnya...kalau terlebih rajin tu...hari-hari ada jer ceritanya walau pun kadang-kadang tu cerita merapu jer..dan ribuan terima kasih la diucapkan pada kawan-kawan yang sudi singgah di'rumah' ni yee...


sabtu lepas tempat kerja ada buat family day...masa untuk bersukaria...tapi maknya tak la bersama-sama bersukari mandi manda disana pun...rasa macam dah puas dulu-dulu mandi manda disini...dari rakyat jelata kecik sampai ler rakyat jelata dah besar2 semuanya...

sebabnya boleh nak kata setiap tahun family day kat tempat kerja saya buat disini...hanya tempat ini sahaja yang boleh menampung jumlah pekerja ditempat kami yang ramai untuk bawak anak-anak suami atau isteri semua...cuba bayangkan betapa ramainya umat pekerja ditempat saya tu kannn...

entah mana hilangnya rakyat jelataku itu...dah besarkan...pandai-pandai la nak mandi manda...nak pergi dry atau wet park ke kannn...yang bertowel biru tu tak tahu la anak sapa...main ambik jer...itu sahaja cerita hujung minggu lepas...gambar tak banyak pun ambik...

bagaimana pulak kawan-kawan punya hujung minggu ye...tentu lagi seronokkan...ok nanti kita jumpa lagi yee...



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

17 October 2013

dari kelabu asap terus jadi merah...

assalamualaikum...

masih bercuti lagi...bestnya bersantai-santai kat rumah ni tau...tapi sekejap lagi nak jadi mak supir ambik rakyat jelata sekolah hari ni...ni kes dera bila cuti jer mesti kene ambik diarang...

ok la nak cerita sambungan pasal baju baru sofa ku itu kannn...dah siap...nak tengok ke???..kalau tak nak tengok pun hakak memang nak letak jugak kat sini...

tadaaa...ini la dia nya..sudah ada baju baruuu...merah lagi tuuu...sebab tak mahu nampak kotor bila rakyat jelata ku duduk nanti kannn...tapikan bila diangkat tempat duduk tu...masya Allah boleh bikin makk vengsannn...segala mak nenek tok wan ada bawah tempat duduk tu...sabar jer ler...duit, pencil,plastik gula-gula pun kadang-kadang ada jugak...bila dah hanginnn satu badan semuanya jadi rajin mengemas...ambikk sampai berkilat semua disentalnya...garangkannn omak nye nii...

ini baju sofa yang lama..dah bertukar kaler...warna putih dah jadi warna kelabu asap..seperti yang pernah cerita buat N3 hari tu kannn...dari warna putih terus tukar warna merah...baru la ceria sikit kannn...





Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

16 October 2013

sabarrrr...

assalamualaikum...

masih bercuti lagi ni...nama jer cuti tapi macam-macam urusan nak kena buat...

mula-mula nk  kecelcom dulu...sekarang ni ada kat sini...hanginnnnnnn akuuu dengan celcom ni tauuuu... ada yang nak kena sembelih niiii...tapi sabarr...sabarrrr je ni...
Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

04 October 2013

gila punya bapak mertua...

Minta hadiah terlarang

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
Kajang: Seorang lelaki pertengahan usia dengan selamba mengajak menantunya mengadakan hubungan seks sebagai hadiah hari lahirnya dan mencabul wanita itu apabila mangsa enggan melayan kehendaknya.
Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.

Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari.
Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun.

“Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa.

“Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan melayan kehendaknya, lelaki itu tidak puas hati dan mula bertindak rakus.

“Suspek memeluk, mencium serta meraba tubuh menantunya itu. Mangsa marah dan cuba melawan, menyebabkan berlaku pergelutan kecil di antara mereka.
“Ketika dicabul, mangsa merayu dikasihani selain turut memarahi mentuanya itu, namun tidak diendahkan lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas kira-kira 10 minit, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri daripada suspek sebelum pulang ke rumah.

“Keesokan harinya (Selasa), mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan. Dalam laporannya itu, mangsa turut memberitahu suspek sebelum ini sudah beberapa kali cuba mencabulnya, namun setiap cubaannya gagal,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga memberitahu dia nekad membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan keji suspek selain bimbang dengan keselamatan dirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/04
____________________________________________

Terbaca diharian metro sekejap tadi...ada jugak manusia macam ni kannn...sepatutnya dia menjadi perlindung tapi dia pulak bernafsukan syaitan...

tak kira agama dan bangsa apa punkan, sepatutnya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku...mintak-mintak jauhkan berlaku pada kita dan keluarga kita semua...



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

03 October 2013

baru 4 jer...

assalamualaikum...

bersiaran lagi...walaupun agak lewat sikitkan...

semalam cerita pasal nak buat baju baru untuk sofa kat rumah tu...yang mana baju sofa tu dari warna putih dah jadi warna kelabu asap...memang wajib kena tukar baru...nak tahu pening jugak nak pilih baju baru sofaku itu...ingat macam senang main tunjuk-tunjuk jer... sampai sana...ambikkk semua nampak cantik la pulak...ok la kita lupakan pasal baju baru untuk sofaku itu yee...tunggu la siap nanti boleh la kita tunjukkan...chewahhh macam la lawa sangat...

hari ini pening lagi...sebabnya nak pilih baju baru untuk hp kesayangnku ini...bukan la banyak sangat pilihan pun...cuba tengok gambar kat bawah ni...

cuma empat warna jer...itu pun ambik masa agak lama jugak yang mana berkenan dihati...perempuan...perempuan...memang macam ni ker, semua perempuan nak buat pilihan...nak ambik kaler yang itu...tapi kaler yang ini cantik la pulak...yang itu lagi cantikkk....

peningkan...pening sebab cari penyakit sendiri...pada hal ambik jer la yang mana berkenan dihati...itu hakakkk ler, susah sangat nak buat pilihan, calon mana yang sesuai...baru 4 jer pilihan,kalau sepuluh pilihan mahu pitammmm...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

02 October 2013

bukan kedekut...

assalamualaikum dan selamat pagi...

dah bulan oktober...dah hampir seminggu tak buat n3...yang sebenarnya ada banyak cerita yang nak dikongsikan kat sini, tapi  tu laa...bila taip jer sikit lepas tu padam...taip semula padam balik...asyik padam jer kerjanya tu tau...lama-lama terbengkalai jer ler...story mory ku itu...akhirnya tak ada la cerita...ini ada satu cerita...

nampak tak sofa warna putih tu...nampak cantik jer dalam gambar ni kann...tapi kalau tengok dekat-dekat hahaha....boleh vengsan...dah jadi kelabu asap...tuan rumah ni bukan pemalas ye...tuan rumahnya ni tersangat la rajin...asal kotor bukak sarung tu kasi basuh...sampai dah nak reput la kainnya tu...tuan rumah tak mahu zoomm tau...sebab maluuu nak tunjuk...biar jer tengok dari jauh...

nak dibuang sayang, seribu kali sayang...sebab masih elok lagi cuma kain dia jer yang nampak uzur dan kusam, nak beli yang baru sayang duit den...huhuhu dasar berjimat cermatkannn...yang sebenarnya bukan kedekut tau tapi sayangggg kat sofa tu...chewahhh alasan...


akhirnya buat keputusan...jangan dibuang ganti sarung jer...pergi la pusing-pusing cari kedai yang ada repair sofa ni tau ahad yang lepas...ada la satu kedai ni,mahal ya amat sangat...terus tak jadi buat...kira punya kira tak berbaloi...dia nak rm 780...kalau macam tu punya harganya baik beli yang baru...sungguh kechiwaaa...upah jahit dia ambik jer dah rm300,mahal jugakkann...kalau kutahu macam ni punya mahal ambik upah menjahit dari dulu lagi belajar menjahit tau...kayo mokcikkk....mokcikk kayooo...

tak puas hati ni,carik lagi...dan akhir jumpa la jugak satu kedai ni...tak la semahal kedai yang mula-mula tadi tu tau...orang ni ambik upah jahit cuma rm150 jer...tak kira la kalau kita bawak kain sendiri beli kat mana-mana pun...dia sedia ambik tau...akhirnya kami pun tempah la sarung sofa tu maka tak jadi la nak dibuang sofa tu...

dua minggu dari sekarang akan siap la sarung sofa tu tau...macam tak sabar jer nak tengok baju baru sofa ku itu...harap-harap jelita la nanti, walau pun baju sofaku itu tak ditempah kat Fella Design, buat kat kedai biasa-biasa jer...tapi kan, kalau kawan-kawan nak tahu, orang tu bekas pekerja kat Fella...harap-harap ok la nanti...



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini