25 September 2013

WW : telah tiba lagi...

assalamualaikum...

musim umat islam pergi haji telah tiba lagi...


dan hati ini menjadi bertambah-tambah rindu...
jika ada rezeki dgn izin Allah ingin menunaikan ibadah haji pula...
masanya dan bila hanya Allah sahaja yang tahu...







Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

24 September 2013

Jenama apa agaknya tu yee...



Roboh kilang pau

Oleh Hamizah Badiran
Kuala Lumpur: Kotor, berbau busuk dan menjijikkan. Itu situasi yang dapat dilihat di kilang membuat kuih pau berintikan daging babi yang terletak di Jalan 26, Selayang Baru, apabila serbuan serta aktiviti meroboh premis dilakukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.
Tidak cukup dengan itu, daging ayam dan babi yang diletakkan di dalam besen sewenangnya dibiarkan secara terbuka manakala bahagian lantai basah kerana ditakungi air.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat juga daging babi yang sudah beberapa hari disalai digantung di dalam dan di depan pemanggang selain selebihnya disimpan di dalam peti sejuk beku.
Keadaan longkang juga tersumbat dan dipenuhi pelbagai kotoran termasuk lemak haiwan yang menyebabkan bau busuk boleh dihidu dari jalan utama lagi.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan MPS Leftenan Kolonel (B) Azmi Ismail berkata, tindakan menyita barangan kelengkapan membuat pau, bahan mentah dan meroboh premis adalah tindakan terakhir diambil selepas pemilik kilang tidak mengendahkan notis dan kompaun yang dikeluarkan sebelum ini.

“Ini operasi terakhir yang kami lakukan selepas menerima beberapa aduan daripada penduduk, mengeluarkan notis dan sebagainya, tetapi masih tidak mendapat maklum balas daripada pemilik kilang.
Foto
PEGAWAI MPS merobohkan kilang.
“Kira-kira 100 pegawai dan anggota dari bahagian penguatkuasaan, kesihatan, kejuruteraan dan perancangan bandar terbabit dalam operasi pada hari ini (semalam),” katanya.

Menurut Pengarah Kesihatan dan Pelesenan MPS Dr Razif Zainol Abidin, kilang berkenaan beroperasi tanpa lesen dan pernah ditutup selama seminggu pada 2007 di bawah Undang-Undang Kecil Establishment Makanan.
Malah, mereka juga diberikan tempoh selama beberapa tahun untuk berpindah ke lokasi lain kerana kawasan sekarang tidak sesuai untuk premis kilang yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan.

“Selepas melakukan pemeriksaan, saya dapati premis dalam keadaan yang amat kotor, terdapat pelepasan air terus ke longkang utama tanpa adanya sebarang pelan rawatan sepatutnya dipasang pada paip dan sebagainya.

“Kami turut menyita bahan makanan yang mungkin sudah tercemar kerana ia dikhuatiri membahayakan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bangunan MPS Azam Mohamad pula berkata, binaan kilang itu didirikan tanpa kelulusan dan dibuat di dalam kawasan perumahan yang disambung dengan rumah kedai empat tingkat.

Perbuatan itu satu kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan di mana kompaun turut berjumlah RM12,500 dikeluarkan di bawah Seksyen 70 (11).

“Sebelum ini, notis roboh sudah dikeluarkan tiga kali dan yang terakhir dua minggu lalu manakala kompaun pula dua kali,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/24************************************ambik cerita ni dari harian metro, agak-agaknya apa la jenama Pau ni yee...takut nak beli kuih pau yang sebarangan ni kannn...yang nampak gebus semacam tu...



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

oneng...

assalamualaikum...

cerita ceriti...sejak anak-anak dah besar-besar ni...terasa sunyi pulak kat rumah tu...kadang-kadang jer riuhnya...tak seperti ketika masa masih kecik-kecik dulu-dulukan, hari-hari meriah...riuh rendah dengan suara-suara merdu rakyat jelata sebabnya ada yang menangis, terpekik meraung bila berebut barang, lepas tu semua urusan kita kene uruskan...pitam la jugak maknya ni dulu-dulu...

sekarang ni, kadang-kadang terasa rindu la pulak,saat-saat ketika semasa rakyat jelata ni semua masih kecik-kecik lagi...kenangankan semuanya tu tau...dan itulah jugak namanya putaran hidupkann...semua orang akan merasainya...

tapi nasib baik la ada penghibur hati kat rumah ni...cuba tengok tu...kaler bulu dia dah nak sama dengan lantai rumah la pulakkk..silap-silap kalau tak nampak boleh terpijak kucing kesayang ni, oleh rakyat jelata kat rumah tuu...

hemsem tak? nama nya oneng...kucing ni tabiat dia memang manja...dia tahu kalau kita sayang kat dia...oneng ni anak bujang, tapi tak pernah pulak tengok dia keluar rumah pergi merayau-merayau...tapi tak tahu la kann, nanti bila dah pandai ngorat mesti tak henggat nak balik rumahkann...

sahabat-sahabat semua ada tak penghibur hati seperti oneng saya tuu...








Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

20 September 2013

jangan pandang pada rupa...

assalamualaikun...

sambung kisah semalam...makan dimanakannn...dan nak makan apa...meh ler tengok kita makan apa masa lunch semalam...

nasi goreng cili api...pedas berasap ko, selak sikit nampak cili api..selak lagi nampak cili api...dah tentu kann..dah mintak nasi goreng cili api...ambikkk ko nak sangat cili api , kene pulak dengan air limau ais...di tengah hari yang panas, memang sedap lah sedutnya tuu...yang bekas kecik comey tu sup...sedap sup tu tau...sup tu rebusan dari daging dan tulang...tapi ada kurang satu lagi ni...nak tau apa dia...

tu yang hujung tu dalam bekas kecik tuu..nampakkan... tak best la kalau tak ada telur dadarkann...baru berselera sikit makan nasi goreng cili api pedas berasap dengan telur dadar...yummm..yummm....walau ghupenya kurang menarik tapi rasanya sedappp...ini mesti letak perasa banyakkannn...sedap semacam jer...hahaha buruk sangka hakakk ni...


tengokkk...licinnggg...alhamdulillah...rezeki dari Allah jangan membazirkann...dah lapar macam tu ghupenya...memang tak membazir pun...

sekarang masih pagi lagi tak..belum terfikir nak makan apa tengahari nanti...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

19 September 2013

sunyi sepi...

assalamualaikum,

hari ini ofis kita ni...hampir kosong dengan umatnya tau..sebab ramai yang pergi training , termasuk la bos besar dan bos kecik semua tak ada tau...yang tinggal kat ofis ni boleh dikira dengan jari jer...itu pun tak kira yang ada stff yang keluar masuk, kot ada urusan kerja kat luarkan...yang pasti bila dah keluar dari ofis ni jangan tak masuk ofis terus sudah...nanti akakkk report huhuhu...

semasa buat N3 ni jam telah menunjuk angka dalam gambar tu...agak-agaknya berapa minit la boleh siap mengarang ayat-ayat nak buat N3 ni...tunggu yee, kita tengok masa post nanti tau...

opsss...pewut pun dah berbunyi-bunyi bermacam-macam irama ni...sabar...sabar ye..sekejap lagi kita pergi cari makanan tau...jangan la disco yee...tengah layan anak tekak ni nak makan apa tenghari ni...nak makan itu ke..nak makan ni ke...tapi macam nak makan yang macam hari tu...hahahaha macam tu la hatiku berkata-kata...melayan anak tekak ni tau...tunggu la nak makan ye...nanti kita cerita tau...

sunyi la pulak...,andai kata kalau bos tak ada kat ofis dan ramai pulak kerusi meja dari orang..agak-agaknya sahabat-sahabat semua buat apa yee...ini cerita kalau kerja dah disiapkan awak-awal la kannn...tapikan kalau hari-hari macam ni bosan la jugakkk...sunyi sepi..




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

18 September 2013

kenduri dikampung...

assalamualaikum...

bertemu kembali...hari ini baru masuk kerja...mood masih diawang-awangan lagi ni...rasa macam penat tak hilang lagi, bukan bercuti pergi makan angin pun, bercuti balik kampung jer...ada buat kenduri sedikit...

kampung tak la jauh mana pun..tapi dia punya jem..nak kematu punggung...bertolak pada hari sabtu pukul satu tengahari singgah solat sekejap di RNR lepas tu sambung perjalanan,sampai kat Alor Gajah dalam pukul empat lebih petang macam tu...lama jugakkannn...

jom tengok, ada la beberapa keping gambar semasa kenduri hari tu...saja nak letak kat sini buat kenangan-kenagankann...

buat kenduri kecil-kecilan, kumpul adik beradik dan sedara mara....pasang khemah dua, sebab nak selesakan..nanti kalau dah ramai-ramai tak selesa pulak duduk berhimpit-himpit dalam rumah kann...

ini semua anak-anak sedara...
kecuali yang tudung pink tu anak sendiri nurrin..

yang ini pulak mak sedara dengan anak-anak sedara...
ini semua anak-anak abang dan kakak tuan tanah yee..


ini pun dengan anak-anak sedara dengan anak-anak sendiri,  nak mempekenalkan...dari kiri: kakak tuan tanah,sebelah tu klong anak sedara,berdiri tu syariza anak sedara,serba pink tu...dah kenalkannn...tudung hitam yasmen anak no3,tudung pink anak no 2,tudung purple tu wani anak sedara,sebelah tu kakak wani syakinah dan hujung tu hanim anak no.4,anak tuan tanah no.1 tak ada ye...tak dapat balik ada urusan kat tempat dia belajar tu...dan ada jugak anak-anak sedara yang tak dapat balik, maka berkurang la jugak ahli-ahlinya tuu...

ini keluarga saya yee...ada tujuk adik beradik...saya yang no.7 kiranya yang bongsu la kann, kurang sorang tak ada dalam gambar ni, abang yang sulung...masa ni dia berada dalam rumah...sibuk la tu..melayan tetamu...

ini sebahagian menu yang ada ada lagi tak sempat nak ambik gambar...tengok diarang tu semua, sajer jer buat-buat sibuk kat situ..nanti biarlah nampak ada kerjakann...pada hal tugasnya asyik makan jer...sori jangan marahhh yee...ini ajer gambar yang ada di dalam hp tuan tanah...sebenarnya ada banyak gambar lagi..tak sempat nak ambik  kat dalam hp dari anak-anak sedara...

malamnya tu pulak buat besday hanim dan pakngah nya..sebab diarang ni sama tarikh lahir bulan september...tiap-tiap tahun mesti sambut bersama-sama...

sambut secara ala kadar jer, sebab siang tu pun dah keletihan buat kendurikan...cuma beli sedikit satay untuk menambahkan penyeri untuk kek tu jer...

ini lah paknganya..abang saya no.2 yee...ayah kepada anak sedara yang bernama kaklong tadi tu tau...sila abaikan baju yang bergantung-gantungan kat belakang tu yee..biasa la dah ramai-ramai kain baju pun main sangkut jer...sebab siang tadi tak mendobikan...bila malam ambikkk...sangkut la ikut mana suka...

buat angah, semoga dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat membuat amal ibadat dan diberkati oleh allah didunia dan akhirat...bahagia bersama keluarga anak-anak dan cucu-cucu tersayang...
doa untuk hanim semoga jadi anak yang cerdik pintar,menjadi anak yang solehah, rajin solat dan berjaya didunia dan akhirat...dan yang paling penting menghormati kedua ibubapa...aminnn....







Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

12 September 2013

Peringatan buat diri sendiri dan sahabat semua…

assalamualaikum...
dapat email dari kawan sebentar tadi...boleh la sama-sama kita renungkan...

**********************************

Jika engkau telah berusia empat puluh tahun,
 maka segeralah untuk memperbanyak amal
 soleh siang maupun malam. 

Sebab, waktu
 pertemuanmu dengan Allah 'Azza wa Jalla
 semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat
 ini tidak mampu menyamai ibadah seorang
 pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa
 mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan
 masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini
 kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu
 sudah tidak mendukung lagi.

 Oleh karena itu beramallah sesuai kekuatanmu.
 Perbaikilah masa lalu mu dengan banyak
 berdzikir, sebab tidak ada amal yang lebih
 mudah dari dzikir. Dzikir dapat kamu lakukan
 ketika berdiri, duduk, berbaring maupun sakit.
 Dzikir adalah ibadah yang paling mudah.

 Rasulullah saw bersabda :
 Dan hendaklah lisanmu basah dengan berdzikir
 kepada Allah swt.
 Bacalah secara berkesinambungan doa' dan
 dzikir apa-apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berdzikir kepada Allah swt adalah karena kebaikannya. 
Ia akan mengaruniamu…



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

11 September 2013

pantang nampak...

assalamualaikum...

tadi keluar makan tengahari diluar...bila selesai makan ternampak ini...hishhh nafsu..nafsu...nafsu makan jer semua ni...pantang jumpa dan tengok beli ajer...

pada hal perut sudah penuh diisi sepinggan mee goreng yang mengunung banyaknya tu tadi...tapi tak ada gambar la pulak ,nak tunjuk macam mana banyak mee goreng tu tadi tau...dah lapar punya pasal tak ada la sempat nak ambik gambarnya...ngappp jer la terus...alhamdulillah rezekikan lagi la ada orang belanja pulak tu...semoga bertambah murah la rezeki dia lagi...aminn...

bukan sorang-sorang  yee makanan sampingan tu tadi... makan secara berjemaah dengan geng-geng ofis ni...sekejap selesai makan ramai-ramai ni kann...

agak-agaknya la kann... kawan-kawan semua sama tak..kalau dah makan bila ternampak jer yang macam gambar diatas tu...agak-agaknya beli jugak kee...


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

WW: ini la bajunya...

assalamualaikum...

Wordless Wednesday

dah siap baju hanim...
sambungan dari cerita...





Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

10 September 2013

bahaya jugakkan...

Suami, isteri mati direnjat alat pemanas air

Kuala Lumpur: Bayi berusia enam bulan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu dan bapanya warga Jepun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dipercayai daripada alat pemanas air dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Jalan Kiara 2, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, lelaki berkenaan sedang mandi sebelum menjerit selepas terkena renjatan elektrik dan isterinya yang panik cuba menolak suaminya dengan tangan menyebabkan dia turut terkena renjatan.

Kejadian itu hanya disedari selepas seorang pekerja pencuci bangunan itu memaklumkan terdengar bunyi tangisan bayi tidak berhenti-henti lalu memaklumkan kepada pejabat pengurusan kondominium itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mangsa lelaki itu ditemui dalam keadaan masih memegang paip besi dan mempunyai kesan terbakar di muka.
“Mangsa lelaki dipercayai sedang mandi manakala isterinya yang masih berpakaian tidur pula meninggal dunia ketika cuba menolong suaminya yang terkena renjatan elektrik.
“Mangsa lelaki bekerja di sebuah kilang elektronik di Shah Alam manakala isterinya pula tidak bekerja,” katanya.
Menurutnya, pasangan berkenaan mempunyai seorang anak berusia enam bulan dan pasangan itu difahamkan tidak mempunyai keluarga di Malaysia.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/1*********************************

Diiambil dari Harian Metro...
Bahaya jugakkan guna alat pemanas air ni, tapi kalau dah ajal tak oleh nak dielakkan jugakkan…mungkin itu  cuma penyebab punya kematian seseorang…tapi risau jugakkan…lagi la kalau anak-anak kecil suka main sambil mandi dalam bilik air yang ada alat pemanas ni…kena berhati-hati…




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

09 September 2013

suka yang hitam...

sambung lagi...nampak tak bekas hijau tu...ada banyak coklat, pemberian dari opismate ni baru balik bercuti keLangkawi...


jom kita buka penutup tu...tengok coklat apa ada dalam bekas tu kan...


tadaa ini la dia...jom pilih nak yang mana satu...pada yang suka makan coklat tu memang seronok la kann pilih yang mana satu kesukaan dihati...tuan tanah suka dark coklat pilihan dihati...sebab tak la berapa manis sangat ada rasa pahit-pahit sikit...sedap jugak tau...







Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

malas punya pasal..itu la akibatnya...

assalamualaikum...

sudah hari isnin...rasa tak puas 2 hari bercuti dihujung minggu...sebab hujung minggu yang penuh dengan berbagai-bagai aktiviti...bangun pagi isnin  pun macam malas jer...chewahh alasan la tu...pada hal hari tak berkerja pun,bangun pagi jugak...yang sebenarnya,kepala otak dah mula terbayang-bayang...malasnya nak isi minyak kereta pagi-pagi ni...malasnya nak singgah mana-mana pertrol pump ni weiii...minyak kereta dah mintak diisi dah kasi "warning"...malas,,,malas...malasnyaaa...

tingg..tong...dapat satu idea,...malas punya pasal cakap kat en somi,..."laling..laling..apa kata kita tukar kereta hari ini....tukar suka sama suka...boleh tak linggg...boleh la boleh la yee", nak tahu dia cakap apa...sudah semestinya dia akan cakap ok kannn...nak carik nahas kalau tak cakap tak boleh, tapi yang sebenarnya dia memang dah tahu sangat ayat manis bininya nii...mesti ada  udang sebalik mee guna ayat macam tuu..."sebab minyak dah kering kannn"...pandai lakiku teka...

dengan hati gumbiranya bawak kereta lakiku itu... tak payah susah-susah isi minyak... tapiiii...sampai kat tempat kerja...aikkk mana kasut-kasut kerjaku itu...ohhh tidakkk, chisss dalam kereta lagi satu ghupenya...takkan nak pakai selipar buruk ni jalan masuk kat tempat kerja...tapi nak buat macamkan dah itu jer yang ada,redho dan pasrah jer laa...tapi lawa jugakkannn...

ini la akibatnya bila bila malas punya pasal dan bila dalam bonet kereta tu buat tempat simpan kasut...jadi pakai la apa yang ada...

itu ajer cerita pagi tadi...





Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

05 September 2013

jadi la dari tak ada langsungkan...

sejuknya cuasa hari ni...kat dalam ofis ni lagi sejuk...boleh jadi beku macam ni...tapi belum la lagi tahap macam ikan dalam petiais...keras kejung beku...

nak cerita petang semalam balik dari kerja , hanim terus je bagi tahu yang dia berjaya masuk final untuk bertandingan kat sekolahnya, pakaian berhias dibuat dari bendera sempena menyambut hari merdeka...apaa masuk final...ohhh tidakkk...

laa masuk final la pulak...poning omak nye ni nak fikir nak buat baju apa pulak dari kain corak bendera ni...macam la mak dia ni pandai bab jahit menjahit ni...dah keras tangan kejung bagai semua ada...nak menjahit kain koyak pun lintang pukang jahitannya tu...ni pulak nak buat baju bagai...harus vengsan...kalau tak kasi masuk kesian la pulak kat hanim...nanti la difikir-fikirkan...

hari selasa hari tu pun dah pening kepala buatkan pakaian sempena merdeka tu...bagi tahu hari isnin, hari rabu nak pakai...pada hal cikgu dah bagi tahu seminggu awal alasan lupa nak bagi tahu...maka hari selasa malam tu maknya ni pun operasi la buatkan...nasib baik la selongkar kat kotak harta karun ada lagi bendera yang lama2 tu kann...kitar semula la jawabnya...

meh ler tengok maknya buatkan pakaian tu...pada sesiapa yang pandai menjahit jangan gelak tau...malu tau...ini la ghupenya...




gunting bendera tu...ikut ukuran seluar hanim...tepekkan kat seluar tu..pastu jahit jelujur...dah siap...songkok tu pun ada tau, tu songkok pengakap...balut jer dengan bendera tu, jahit sikit, dah jadi...opss, baju lupa nak ambik gambar...dah malam kan, mata pun dah mintak ampun masa tu nak masuk beradu...bajunya lagi senang buatnya gunting jer macam baju kelawar ...ala macam baju tidur malam tu ala-ala kelawar tu kann...tebuk kat leher jahit jelujur jugak..dah jadi...

untuk final hanim nak suruh buat baju kurung...alahaiii...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

04 September 2013

WW : takutnya...

assalamualaikum...

hari rabu...WW...
 jom tengok gambar dibawah ni...

Ya Allah...takutnyaaaa...cuba bayangkan kita berada laluan itu...
yang mana satukah kita diantara manusia seperti gambar diatas tu kann...



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

03 September 2013

naik lagi...

naik lagi...

naik 20sen...terasa sayang dan bernilai walaupun 20sen kannn...bila sudah dicampur tolak = kiraannya???

bukan nilai 20sen yang hendak dibisingkan,berapa sangat la nilai  20sen tu kannn..tapi bila harga  minyak  20sen dinaikkan...secara paksa rela banyak la barang-barang lain akan naik...nak tak nak kita terpaksa jugak membelinya...

minyak kenderaan kena isi jugak...barang keperluan kena beli jugak...peningkan kalau nak difikirkan itu semua...kita tunggu dan lihat je naik ke tidak barang-barang keperluan lain...

hidup kena diteruskan kerana minyak naik jangan darah jadi lebih tinggi pulak naiknya...sabar je laa...malas nak fikir tapi fikir jugak...macam mana tu???




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

02 September 2013

alhamdulillah...

sambung lagi bercerita....

bila perut sudah berdondang sayang..macam-macam irama ada..mintak maaf la nak tido...ingatkan sementara menanti makan yang dikirim sampai boleh la melelapkan mata sekejap...tapi tak boleh la pulak...


ngada-ngada betul tuan badan ni...asyik ingat nak makan jer, tapikan kalau berpuasa pandai pulak menahankan diri dari godaan-godaan makanan ni...boleh pulak melelapkan mata time rehat...cuma otak berfikir nak berbuka apa jer masa maghrib nanti...

yang ditunggu telah tiba...jom makan...sesekali makan ni sedap jugakan...disebab adik manis kat ofis ni nak keluar, akak pun kirim la beli ni....maklum la kadang-kadang jemu makan nasi kat kantin ni...asyik ulang tayang menu yang sama jer...

tadaaa...ini adalah beger kegemaranku...dah selamat masuk dalam perut...alhamdulillah syukur rezeki dari Allah untuk kita makan...lepas makan sambung buat kerja...bukan sambung tidurrr yeee....

kawan-kawan semua makan apa hari ini...





Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

renung-renungkan...

assalamualaikum...

bulan september datang lagi...sekejapnya masa berlalu...tak terkejar rasanya lagi dikejar lagi la cepat masa berlari...


ini pun sekejap jer lagi dah sampai oktober, sedar-sedar dah nak masuk january la pulak...alahaiii...makin tuo den...redho jer la...itu la putaran hidup...yang muda akan tua...yang hidup pasti akan mati...kannn...

ini ada sikit buat renungan kita bersama-sama...

Empat Tanda Hidup Tak Berkat

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


Manfaat Wuduk Sebelum Tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku akibat keletihan selepas melakukan aktiviti. Berwuduk juga membuatkan fikiran seseorang itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.

sekian...itu sahaja cerita untuk hari ini...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini