Assalamualaikum..
Cepatnya masa berlalu...sudah masuk hari ke7 kita berpuasa...alhamdullillah dengan izin dari Allah kurniakan kesihatan yang baik dapat lah menunai ibadat puasa dan solat terawikh yang datang hanya setahun sekali sahaja...jadi rebutlah peluang yang ada bulan yang penuh rahmat ini kann...
Tiba-tiba terkenang dan terbayang-bayang jika berpuasa di Tanah suci Mekah dan Madinah mesti rasa seronok yang luar biasakann...Ya Allah jika ada rezeki mahu berpuasa dan bersolat terawikh di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...doaku tak akan putus-putus ingin datang kembali kerumahmu Ya Allah...
Saat-saat indah di kota ditanah suci ini, akan disimpan dengan seribu kenangan...jom tengok gambar ni...bersama-sama dengan sedara sesama islam yang sangat baik walau pun berlainan rupa dan tutur kata...pengalaman yang tak boleh dilupakan...ketika solat di Masjidil Haram...
Sempat bergambar ,dia orang Turki kalau tak silap...maklum le masing-masing tak faham dengan bahasa masing- masingkann...dah serupa dengan dan itik la pulak jadinye...huhuhu...makcik turki ni solat bersebelah dengan kita tau...dia solat berdua dengan kawan dia...nak tau sementara menunggu solat isya' sempat lagi hulur makanan kat kita ni tau...kacang dan kuih.. apa nama kuih tu tak tahu la apa namanya..tapi sedap la jugak lemak manis rasanya...gambar tak ada...sebab dapat terus ngapppp huhuhu...tiba-tiba terlintas kat dalam hati kalau dapat air zam zam yang sejuk ni memang nyaman rasa tekak ni, yang kat bawak bekal dalam beg dah tak sejuk lagi...subhanallah Allah kuasa Allah, makcik tu macam tahu-tahu pulak tekak aku ni nak minum air zamzam yang sejuk ...
kalau di Mekah, kita pergi masjid sorang-sorang jer tak pergi dengan geng kakak-kakak serombongan sebab pergi masjid dengan suami...so menyelit jer la dimana-mana ruang kosong yang ada kat masjid tu...yang pasti saya mahu saf yang depan sebab dapat tengok kaabah...
Ini pulak saudara sesama islam dari Libya..namanya Laila...masih muda lagi baru berumur 21 tahun macam tu la kalau tak silap..boleh la cakap orang putih sikit-sikit tu yang boleh sembang dengan dia sementara menunggu waktu solat isya' pada hari yang keberapa tinggal kat Mekah masa tu dah terlupa la pulak...peramah orangnya datang bersama-sama dengan keluarga...
goyang gambar ni...nak jugak tepek kat sini, Ini pulak hamba allah dari mana dah lupa sebabnya saya langsung tak faham apa yang dia cakap...dia sangat peramah dan baik hati...dia baca quran sangat sedap tau...siap nak ajar aku lagi...tapi aku tak faham apa yang nak terangkan...serupa macam tadi jugak guna bahasa isyarat je..selepas habis solat sempat bergambar lagi tuu...sementara menanti orang ramai berkurangan keluar dari masjid sebab tak mahu berebut-rebut...
Comeykann...geram tengok budak ni tau...rasa nak picit-picit jer pipi dia tu...sempat lagi bermesra-mesra dengan dia ni...
ini semasa di Madinah, jika waktu bulan ramadhan ni mesti banyak yang sedekah makanan setika mahu berbuka puasakann...semasa di Masjid Nabawi pun bukan bulan puasa ada jugak yang bersedekah makanan dan buah kurma...
anak kecil ni sedang agih-agihkan buah kurma...masa ini dalam masjid Nabawi...alhamdulillah dapat la jugak sebekas buah kurma tu..
tadaaa...dapat roti dan sedikit buah kurma...sedap jugak roti tu...dah laparkann semua sedap jer...sebab masa ni datang masjid solat manghrib terus ke isya' lepas tu janji dengan kakak tu terus nak masuk ke Raudhah...alahamdulillah dapat la alas perut kami ni...sebab keluar dari Raudhah tak tahu pukul berapakann...
nak cerita satu cerita semasa menunggu solat isya'...pergi solat bersama-sama dengan kakak-kakak ni...ada la seorang hamba Allah yang pasti bukan orang kita la kann... dia bawak satu jug air...tetiba tekak ni rasa teringin la pulak nak rasa air apa yang diagih-agihkan tu...cakap la dengan kakak tu..."kak, saya teringin la nak rasa air tu...macam sedap jer kan..",kakak tu cakap " jauh la ain dari tempat kita ni,tak dapat dapat kot,mesti habis tu ..."nak tau tup tup...tiba-tiba orang tu ada kat depan kami...terbuntang biji mata kita berdua tau...masa bila dia tiba-tiba sampai kat depan kita...tadi agak jauh jugak...dia seperti melangkau barisan...dia tunjuk jug air tu pada kami berdua sama nak rasa ke tak...cepat-cepat la aku angguk kepala ni...sudah tentu la nak kann...giloo ko tak mau..dari tadi nak rasa keenakkan air tuu...
ini la airnya...perhhh rasa dia ambik ko ain...tak tahu nak panggil kopi ke teh arab ni tau...memang menyegarkan biji mata rasa macam jamu jer...nak tau kakak yang tadi tu dapat jugak tapi dapat la serdak-serdak dia jer sebab dah nak habis air tu...sebab dia ada tercakap sampai sini mesti dah habis...betul-betul sampai kat kakak tu habis air tu tau...subhanallah hanya itu yang mampu kusebut...
tetiba teringat makanan ini...walau pun nampak sangat ringkas tapi menyelerakan...habis tau akakkk makan huhuhu...saja jer nak tepek gambar makanan ni kat sini...
ini didalam masjid Nabawi...perjalan menuju ke Taman Syurga iaitu Raudhah...laluan ini karpet merahkan kalau di Raudhah karpetnya berwarna hijau lembut...itu la bezanya...masa ini rasanya jam 11:30 malam...semua kapet sudah digulung untuk dibersihkan oleh pekerja-pekerja masjid kat situ...
alhamdulillah...setelah selesai keluar dari taman syurga iaitu Raudhah...dengan penuh semangat dan mesti mempunyai ada sifat sabar menunggu giliran untuk masuk kesitu dan kudrat yang kuat berhimpit-himpit dengan bangsa-bangsa asing diaorang lagi besar dari kita dan berebut ingin bersolat ruang Raudhah...tapi insya Allah jangan risau, Allah maha mendengar setiap hambanya, ada rezeki dan ruang untuk solat sidalam Raudhah...
Ini sahaja cerita untuk hari ini... selamat berpuasa semoga segala amalan kita diterima oleh Allah..aminnn...