SELAMAT HARI IBU pada semua sahabat-sahabat dialam maya ini...seronok baca N3 kawan-kawan yang sambut hari ibu dengan insan yang paling disayangi didunia ini... ialah tanpa ibu siapa la kita kt dunia ini kan...ibu adalah segala-galanya...
aku yang bernama Ain...pada tahun ini adalah tahun pertama menyambutnya tiada ibu lagi didunia ini...tiada lagi panggilan "MAK"...yang ada hanya kenangan suka duka bersama ibu sahaja...dari kecik sehingga aku bergelar remaja dan sehingga aku berkahwin punya anak-anak sendiri...dan baru aku tahu perasaan seorang ibu...
Esok 14.03, genap dua bulan mak tiada didunia ini dan esok 14.05, anak mu mak...inshaa Allah akan ketanah suci Mekah dengan izin Allah...anakmu ini akan mendoakan kabahagian untuk Mak dan Abah di rumah Allah nanti ,sebagai anak tiada pemberian yang paling istimewa buat mak...cuma anak mak mu ini mampu sedekahkan Alfatihah buat mak...agar mak dan abah berada dalam keadaan aman di alam barzah dan lapangkan dan dipermudahkan segala urusan mak dan abah jangan kau siksa ya Allah ya tuhanku orang yang paling aku sayangi didunia ini...aminnn....
Inshaa Allah jika ada rezrki kita jumpa lagi ya sahabat-sahabat yang disayangi semua...Dokan supaya kami dipermudahkan segala urusan di Tanah suci nanti...aminnn....