bertemu kembali...dalam masa 7 hari yang sudah lepas adalah hari penuh sejarah dan kesedihan... yang pergi tetap pergi cuma kita yang masih bernafas ini juga akan kesana jugak akhirnya nanti...
alfatihah buat mak yang telah melahir dan membesarkanku dan tak terhingga dan terbalas jasa mak...terasa banyak yang belum aku balas jasa-jasanya itu...saya rasa semua orang mempunyai perasaan yang sama...
alfatihah buat mak yang telah menghembus nafasnya yang terakhir dirumah saya pada 14 mac yang lalu selepas azan subuh..alhamdulilah aku kuat dan tabah menghadapi saat itu dan menguruskan jenazah mak sehingga selesai dan di semadikan jasadnya dikampung halamanku di Melaka...bulan march adalah bulan kenangan bagiku...aku baru sahaja ambik mak untuk menjaganya kalau ikut giliran sorang sebulan kami 4 beradik perempuan menjaganya...
tak tahu mcm mana mahu mulakan cerita...air mata ni tak mahu berhenti ketika aku mahu buat n3 ini..saat aku hadapi mak tiada nafas...disaat aku tutup wajah mak dengan kain batik bukan kain selimut yang selalu aku selimutkan mak ketika mahu tidur...disaat jenazahnya dibawa ke surau untuk urusannya disana...disaat aku mandikan jenazah dan disaat akhir aku wudukkan mak...Ya Allah tuhan ajer yang tahu...dan saat bila mak dikafankan dan ditutup muka wajahnya itu la kali terakhir aku akan lihat wajah mak...dan yang paling sayu dan sedih ketika jasad mak ditanamkan...tinggal lah mak sendirian disitu...dan tiada lagi panggilan nama mak yang akan kupanggil dari saat itu...
Ya Allah tak dpt nk aku teruskan cerita ini...bagai terkenang saat akhir sebelum mak menghembuskan nafas terakhir...aku sempat lagi bercerita dengan mak sambil suapkan dia makanan dan berikan dia minuman...tak sampai 15 minit aku meninggalkan mak...untuk aku bersiap mandi dan solat...sedan
g aku solat subuh aku dengar suara anak2ku ditinggkat bawah memanggil namaku dan ensomi...selepas bagi salam terus melihat ape terjadi...Ya Allah mak sudah petgi mengadap ilahi...
alfatihah buat mak semoga rohnya ditempatkan kalangan hamba-hamba Allah yang beriman...aminn...