30 July 2012

Ramadhan ke10 dan alhamdulillah untuk esok hari...


Assalammualaikum …

salam Ramadhan ke sepuluh buat sahabat-sahabatku...apa khabar semua…lama akakk tak buat n3… macam ni la sejak dua menjak ni…mood sekejap kelaut, sekejap ke bulan sekejap lagi diatas angin…

hari ini nak mulakan mood ceria la…sebab esok dengar kabornya kitarang semua akan dapat seperti orang gomen dapat tuu kann...memang semangat ni…ceria…gembira pun ada jugak ni…

alhamdulliah, dapat la jugak tapi berapa kiraan bulannya yang dapat, tak tahu lagi sebab tak diumumkan…itu pun dah kira bersyukur ada jugak buat tambah-tambah mana yang kurangkan…

ok la itu ajer untuk pagi ini…




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

21 July 2012

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum...


Jom kita baca ini...jadaul harian untuk kita semua sempena bulan yang mulia ini..bersama-sama la kita lakukan...semoga kita semua diberkati dan Allah memberi beribu keberkatan pada kita semua...


4.00 pagi - Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi - Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi - Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.


7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai  berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).


11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.






Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

20 July 2012

SALAM RAMADHAN 1433 HIJRAH

assalammualaikum dan salam jumaat untuk sahabat-sahabatku semua dikesempatan ini saya ingin mengucapkan...

Selamat menyambut ramadhan Al Mubarak , 
kepada rakan-rakan semua,Semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan, dan meningkatkan lagi ibadah pada  bulan ramadhan ini, 

Saya menyusun sepuloh jari memohon kemaafan 
kepada rakan-rakan semua...

SELAMAT BERPUASA...

*************************************************

semalam kat tempat kerja kita orang ada edarkan kapada semua staff buah kurma ini sempena mahu menyambut bulan Ramadhan ...alhamdullilah...


dan semesti ini buah ini wajib, ada disetiap rumahkan...
terutama jika dibulan Ramadhan yang mulia ini..

buah kurma ni lembut dan tidak la manis sangat...
besar-besar pulak tuu...memang sedappp...

dan ini pulak kisah malam tadi, makan ini..
namanya mee ketam...pun sedap jugak...

dan ini jugak....

ok la itu ajer untuk pagi ini....dan saya mendoakan semoga sahabat-sahabat semua ceria selalu dihari ini dan hari-hari seterusnya...semoga Allah berkati kita semua didunia dan diakhirat nanti...

Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

19 July 2012

kuih ape ni.,.

assalammualaikum...

masa tengok gambar kat computer ni...tetiba terpandang kuih nii... dah la jadi teringin la pulak...


kuih yang warna oren tuu...namanya tak tahu la pulak, tapi sedap rasanya..jarang-jarang jumpa kuih ni...selalu beli ada kat makcik ni... gerai dia jer yang ada jual tau...rasa-rasanya makcik tu orang kelantan sebab gaya cakap orang dari sana... 

pernah makan tak kawan-kawan semua kuih kuning warna oren tuu...yang berbungkus dengan daun pisang tu pulut dengan inti kelapa pun sedap jugak...



Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

18 July 2012

ini ajer yang ada untuk diceritakan hari ini...

assalammualaikum...


tak ada apa nak citerkann...penyakit "M" telah menyerang kembali...godek punya godek ada la beberapa keping gambar ni..saja jer nak letakkan kat sini...mana la tahu kot ada sesapa mahu pergi kesinikann...jom kite tengok gambar ni...


ada chalet kat sini tau...
sesapa yang kaki pancing memang sesuai sangat la bermalam kat situ kat Kuala Gula Perak...berapa semalam lupa pulak nak tanya..maklum la kite bukan nak bermalam kat situkann...kang tak pasal2 merajuk pulak MIL..dah ler sesakali balik kampung...tak mahu pulak tido kat rumah MIL...





ada bot-bot kecil kat situ...
bukan untuk disewa ye buat pusing-pusing kat kawasan situ tau...boleh tengok jer...rasanya nelayan-nelayan kat situ punya..atau pun sesapa nak menyewa untuk memancing boleh la agaknya tuu..rasanya laa...kalau silap mintak ampunnn...




tadaa....
ada ketam isinya sangat lembut...makanan lain tak ada ye..semua tak sempat nak ambik pun..sebabnya tangan pun dah melekit-melekit nanti habis pulak henpon aii kannn...sebenarnya memang tak sempat pun...ini pun sebab samapi dulu...

makan kat sini...
sebenarnya... sebelah chalet tu ada restoren ini....nampak tak...opss sajer jer nak tepek muka tuan tanah ni...tengok la model tak berbayar tu yee..sila abaikan muka yang berkilat tu...hahaha...kalau nak bersinar mcm tu guna la sabun "cap kapak"...ada berani semua...

ini dia...
ok..ini dia nama restoren tuu...kite pun baru festime jugak makan kat sini...sajer nak try bila dah terlanjur balik kampung en somi tu kann...sebelum ni cume lalu lalang jer...ambik angin petang yang sepoi-sepoi tuu...

sambil makan boleh la tengok pemandangan kat situ...sampai ditiup angin sepoi-sepoi dan bila ada jer bot-bot tu lalukan rasa macam berombak-ombak jer duduk kat dalam kedai tu tauu..seronok la pulak...lagi satu ikan-ikan kat situ semuanya segar bugar tau...ditangkap hidup-hidup pilih jer yang mana kite berkenan...pas tu oder la masakan yang kite suka...mesti ada yang pernah datang dan makan kat sini kann...

ok la itu ajer cerita untuk hari ini tapi kisahnya hujung minggu hari tuu..semasa balik kampung en somi sempena sebelum menyambut ramadhan...di Perak Semanggol.









Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

selamat pagi...

assalammualaikum...

nak ucapkan selamat pagi semua...semoga sihat dan ceria selalu dipagi rabu ni yee...


kawan-kawan semua macam mana yee...pagi ni...

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

15 July 2012

ada disini...

assalammualaikum...

selamat berhujung minggu semua...

ini semasa perjalanan balik kampung pagi semalam...balik kampung en.somiku..
sudah sampai...rasa tenang dan nyaman jer...musim memotong padi baru jer sudah...taliair tu pun dah berkurang airnya...kalau tidak penuh airnya tuu..


waktu petang jalan2 cari la apa yang patutkannn..4ketul seringgit..

nnpk raja buah ni..nak jugekkk tuu...tengok la tuu hanim pun nk memilihnya mcm la reti...

ok la tu ajer ..untuk pagi nii...nanti kita sambung lagi yee...balik kampung en somi balik jumpe MILsebekum menyambut ramadhan minggu depan...
Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

13 July 2012

Bercotiii...

Assalammuailum...

Hari ini bercuti...horeyyy...horeyy...seronokkan kalau bercuti ni...macam-macam benda boleh buat...tapi cuti untuk kali ini dah ada senarainya...


- nak pergi sekolah kakaknya anissa ada perjumpaan ibubapa,ala nak sign report card kann...nak tahu dan dengar apa yang cikgu nak komen pasal dia nii...anak-anak yang lain dah selesai jumpa cikgu masing- masing minggu lepas...



- lepas jer selesai hal kakaknya tuu...nak pergi sekolah hanim n yasmen ada sukan tahunan kat sekolahnya tuu...ada 2 acara hanim masuk,kebetulan cuti ni nak la tengok acara yang dia ambik tuu...beriye2 sangat hanim suruh datang tengok...

-ada lagi dan banyak lagi agenda yang tersembunyi nii...pergi sana pergi sini...banyak urusan yang nak kene uruskan...kadang-kadang rasa macam tak cukup jer cuti satu hari ni...

-lepas solat jumaat mungkin nak keluar bersukaria..chewahh bersukaria, apa lagi melayan kehendak rakyat jelata sebelum menyambut puasa minggu depan...macam-macam permintaan diarang ni...tapi banyak yang kene tapis...tak semua yang dimintak boleh dapat terus...

ok la itu cerita untuk pagi nii...kalau ada gambar sekeping dua nanti kita tepekkan kat sini yee...semoga kawan- kawan semua ceria dihari jumaat yang mulia ini...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

11 July 2012

Mintak ampun...


Jam dah tunjuk pukul 10:00++ malam...mata ini tak mampu nak bertahan lagi...makin lama makin berat rasanya...

Hajat dihati mahu jalan-jalan dimalam hari kat rumah kawan-kawan semua...dah la waktu siang tadi macam sibuk la sikit kat opis tu...mintak ampunn ye pada kawan-kawan yang selalu singgah sini...

baru jer beberapa buah rumah bertandang tadi tapi mata ni sudah mintak ampunnn...memang tak boleh ditahan-tahan lagi...nak kene gi beradu jugak...nak carik bantal la jawapnya kejap lagi ni...

maaf ye kawan-kawan tak dapat singgah malam ni mintak ampun...huhuhu nanti saya datang lagi yee.. Nak ucapkan selamat malam....saya nak zzzz...zzzz....jumpa esok hari yee..


Assalammualaikum...







Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

WW- dapat ini...

assalammualaikum...

dapat ini tadi...

cantikkann...
rakan satu  yang bagi sempena kenduri kahwin kaum kerabatnya...

Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

09 July 2012

malam sabtu punya cerita...

assalamualaikum...

ini malam sabtu punya punya cerita...

kami makan beramai-ramai sesama kaum kerabat...
ini pun baru sebahagian jer keluarga besar saya...
sabar  yee...
masih ada beberapa lagi yang belum sampai...kita ambik bau jer dulu tau...

 tengok la muka rakyat jelataku itu..bila ambik je gambar mcm-mcm jenis muka dibuatnya...
sabo jer laa...

ini pulak muka masing-masing dah kekenyangan..
tapi tu laa..tak sempat pun nak ambik gambar makanan...masing dah ngappp dulu...

ada acara lagi...meh ler tengok...


lepas makan ada acara potong kek tau...nak sambut besday yang ke dot..dot...tak muat dah lilin nak letak kat kek tuu...tapi kan...aikk apasal kek tu serupa kanak-kanak riang pulak nii...sape la yang kejam ni...buat kek cam tuu...

jangan ko nak perasan pulak ya ain oiii...sudah-sudah la tuu...sebenarnya kek tu najmi yang punya sambut besday dia yang ke4 tahun...nek su ni nyibuk pulak kann...

ini la besday boy tuu..dengan mama dan ayahnya...
emaknya tu kitarang panggil kaklong anak saudara saya...


itu ajer untuk hujung minggu punya cerita...makan-makan bersama kaum kerabat...bila sesekali berkumpul macam ni memang seronok...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

08 July 2012

bila nampak jer terus teringin...

assalammualaikum...

semasa pergi pasar tadi ternampak benda ni...rasa macam teringin jer...beli la jugak nampak macam sedap jer...

ini la bendanya tuu...

nak buat sendiri tak berapa pandai,beli jer laa..rasa dia ok la jugak tapi macam kering la pulak...nama makanan tu ialah tapai ubi...banyak tu harganya rm2.50. habis jugak aku makannya...rakyat jelata tak berapa suka...cuba yang dihidang tu pizza mahu tak sampai 5 minit selasai dimakannya tuu...






Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

06 July 2012

cuba tengok betul-betul...

assalammualaikum...

semoga ceria dihari jumaat yang indah ini....kawan-kawan yang jusayangi semua marilah tengok gambar kat bawah ni...sajer jer mak kasi berpinau-pinau mata kawan-kawan semua...

cuba la kawan-kawan renung dan tenung yang bolat-bolat tuu...apa akan terjadi yee...tumpukan perhatian anda dari sekarang....ok saya kira 1,2,3,4,5 mula dari sekarang....jeng..jeng...apakah yang berlaku...




dah tahu apa terjadikan,sila laa komen yee..
nak jugak tau sebab setiap orang lain jawapannya...








Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

05 July 2012

bersama kakcik Seroja...

assalammualaikum...

 Jom..kawan-kawan semua kita semua pergi melawat ke "rumah" kakcik seroja...
ada apa disana...kalau nak tahu kene laa...
kesini


ok la itu sahaja untuk malam ini, jom kita beramai sertai...












Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

03 July 2012

ada petua tak???

Assalammualaikum...

Hari ini rasa tersangat la penattt dan letihhhhnya...balik kerja tadi terus jer mandi,rasa macam melekit-lekit jer badan ni,dah la cuaca panas hari ini...

Sekarang ni sedang-sedang bersantai-santai,baring-baringan alangkah seronoknya dapat meluruskan badan...dah satu hari suntuk asyik duduk kat kerusi opis...rasa macam melekat jer ponggong ni kat kerusi...

Dari petang tadi mata ni rasa sakit dan berdenyut-denyut la pulak bahagian kelopak mata atas ni..aikk aku skodeng sape pulak nii...macam nak kene ketumbit la pulak... sudah ada nampak bengkak dan kemerahan-merahan kat kelopak mata ni...terasa berat pulak kelopak mata nii,macam ada benda pelik jer bertengek kat mata nii..

Kawan-kawanku semua dialam maya ni...pernah tak kene ketumbit ni..macam mana nk cepat baik dan tak mahu kasi dia keluar benjol kat atas kelopak mata tuu...ada petua tak..
Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

02 July 2012

cuba la tengok gambar ni..

assalammualaikum...

jam dah tunjuk pukul 12++ perut pun dah berdondang sayang berbunyi-bunyi, macam-macam irama ada ni...tak sabar nak tunggu jam satu...sebelum makan dan tak ada apa nak citer kat sini, nak tunjuk gambar ni jer... meh ler tengok...

nampak tak wajah jejaka tuu...

sajer jer tepek gambar ni kat sini...

ok la itu ajer...untuk hari ini...nanti kita sambung lagi yee...nak jalan2 pun tak larat ni...dah lapokan mata pun berpinau-pinau jer ni...rasa macam nak makan 2 pinggan nasi jer ni...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

01 July 2012

baru selesai exercise ni...

assalammualaikum...

selamat malam semua...baru jer selesai exercise tangan

sebenarnya baru jer selesai mengosok baju-bajuku itu...esokkan kerja,nasib baik disediakan uniform tak ler pening kepala nak mengadap dalam almari tu nak pakai baju apa pulak untuk satu minggu ni...

tengok la tu...cuma ada dua kaler jer putih dan biru dan hari jumaat bebas nak pakai baju apa pun...itu pun pening jugak nak fikir pakai baju apa...

itu baru lima helai jer,jejaka idamanku itu punya belum lagi...agak-agaknya nak tak dia gosok baju sendiri...




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini