sekarang ni cuti sekolah...anak-anak duduk diam-diam kat rumah yee...dulu-dulu masa diaorang ni kecik-kecik dah angkut pergi taska...bag pakaian ada 4 semuanya belum lagi termasuk bag sekolah...sekarang ni dah besar-besarkan tak ada la lagi nak ketaska...taska kat rumah jer laa...
bila dah semua ada kat rumah...sudah pastinya pembahagian tugas semestinya ada...kalau tak harus perperang mulut nanti...yang pasti bila maknya ni balik kerja rumah tak ada la berselerak rumah tu...
semuanya dah besar-besarkan dah boleh harap buat kerja sikit-sikit...setakat basuh baju, pinggan mangkuk,lipat kain,masak sikit-sikit untuk makan diarang adik beradik tu boleh la kakak no1 dan no2 buatkan...
yang ini pulak , hanim selepas solat magrib nak tunggu masuk waktu isya'...sempat lagi tu...bukannya apa hanim tu nak cepat habis baca quran sebab kat rumah tu kakak-kakaknya semua dah khatam tinggal dia sorang jer belum habis lagi...
bersemangat membaca sebab nanti bila mengaji dengan ustazah senang sikit sebab dah baca kat rumah...nanti uztazah boleh suruh dia baca beberapa page sebab dah lancarkan...
cube tengok kat sebelah hanim yang nampak kepala sikit tu..itu la yasmen suke jer mengusik adiknya tuu...mentang-mentang la dia dah habis baca mengaji...nak eksyen la tuu...tapi mengulang ngaji tetap wajib...mudah-mudahan jadi anak yang solehah semuanya...aminn...
Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan