Rahsia BERWUDUK dari Sudut Kesihatan Manusia
 Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika    kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.
Pernahkah   kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang  nampak   remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air  menyentuh   anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti  telinga?
Banyak  rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui  namun antara rahsia  wuduk yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap   perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya.  Lima   pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk.  Mata,   hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar   biasa. 
Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah  membuktikan dengan  air wuduk yang  menyejukkan hujung-hujung urat saraf  jari-jari tangan  dan jari-jari  kaki berguna untuk menenangkan  fikiran.
Anda  tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba  cari dan ketahui dimana   terletaknya titik-titik sensitif yang sering  digunakan dalam ilmu  akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah  kita akan menemui  persamaan  antara keduanya.
Anggota  badan yang terkena  semasa berwuduk terdapat ratusan titik  akupuntur  yang merupakan titik  penerima ransangan terhadap sentuhan  berupa  basuhan, gosokan, usapan,  dan tekanan/urutan ketika melakukan  wuduk.  Sentuhan tersebut akan  dihantarkan ibarat signal ke sel,  jaringan,  organ dan sistem organ yang  bersifat terapi. Ini terjadi  kerana adanya  sistem komunikasi iaitu  antara sistem saraf dan hormon  untuk  mewujudkan homeostasis  (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan  suatu fenomena yang  menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang   disyariatkan 15 abad  yang lalu.
Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota  Wuduk(rukun dan sunat) 
 Muka 84 
Tangan  95 
Kepala 64 
Telinga  125 
Kaki 125 
Jumlah  keseluruhan = 493 
 Ternyata terdapat  493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk! 
Subhanallah!!  Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling  sedikit 5 kali  sehari…
Kita  tidak harus memandang ringan semasa  menjalani wuduk. Mengapa? Cuba   ingat semasa kita membasuh tapak kaki  & tangan…apakah celah-celah   jari sering kita abaikan? Ternyata ada  fakta menarik yang ingin saya   kongsikan:
Dari ilmu  ahli akupuntur,pada celah-celah jari  terdapat 16 titik  akupunktur yang  mana titik-titik tersebut apabila  dirangsang secara  istmewa ianya dapat  mengubati migrain, sakit gigi,  tangan-lengan merah,  bengkak, dan jari  kaku.
Berkenaan  telinga pula, walaupun ia adalah amalan  sunat, ia mengandungi  30 titik  ransangan! Maka, semasa menyapu telinga  itu jangan cuma  membasuh  saja, tapi harus dengan urutan lembut juga.  Selepas ini  sebaiknya kita  tidak meninggalkan amalan sunat semasa  berwuduk kerana  setiapnya  mempunyai titik penerima ransangan.
Terdapat  125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil  wuduk.
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk…   
 













