17 March 2014

air oh air...

Assalamualaikum…

Balik kerja hari Jumaat yang lepas, pusing kepala paip… huwaaa, rasa nak nangis tak ada air…sebelum ni asyik dengar kawan-kawan saja cerita ada ada air kat kawasan rumah masing-masing…sekarang ni dah kene diri sendiri…kene la berjimat cermat  bila nak guna air , 2 hari  catuan air, nasib baik ada buat simpanan air, boleh diguna masa-masa darurat… harap-harap mencukupi  untuk digunakan kami sekeluarga selama 2 hari…

Bila air tak ada banyak benda kerja yang tertangguh kat rumah tu, basuh baju, hendak masak kena guna air, bila dah masak nak basuh segala benda alatan dapur, bila nak makan guna pinggan mangkuk , cawan…itu semua kena basuh guna air…pening bila memikirnya cara-cara nak berjimat cermat guna air selama 2 hari…


Jumaat, Sabtu tak ada bekalan air, Ahad air ada semula… baru la lega rasanya…hari ini isnin ada air…esok dan selasa tak ada air kalau ikut jadual catuan air macam tu la agaknya…aduhhh letihnya…kalau keadaan berlarutan catuan air ni…

Baru tahu betapa pentingya air…




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

11 comments:

  1. Rumah Aina kalau tak ada air kejap je anak2 kerjakan satu tangki air mak balik kerja terpaksa cari masjid yang ada air.

    ReplyDelete
  2. JB sejak semalam hingga hari ini nampaknya mencurah-curah hujan turun ain..
    Memang tak ada jerebulah dah. Harap tak lama sana pun samalah..

    ReplyDelete
  3. biar takde letrik, jgn takde air. walaupun dua2 penting, tapi lebih azab kalau takde air.
    kita doa moga semua ni segera berlalu.

    ReplyDelete
  4. rumah zura pon start isnin haitu..memang seksa betol x de air neh. terpaksa gi menumpang mandi rumah adik kat klang.

    btw.. tajuk n3 kita haini sama! hehehe

    ReplyDelete
  5. mmg terasa azab bla x ada air ni kan kak

    ReplyDelete
  6. kat sini air dh rasa payau sejak eminggu yg lalu...nk telan pn xlalu....

    ReplyDelete
  7. Kak Ain, kenalahhhh pakai paper plate lepas nie yer...hehehehee

    ReplyDelete
  8. lamanya tak baca celoteh ain...hilang lama

    ReplyDelete
  9. memang terasa susah...moga Allah turunkan hujan rahmat dan cepat sperti sedia kala...amin

    ReplyDelete
  10. rumah dah lama kena catu..
    nk mengeluh pun x boleh..air memang dh kering

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini