12 June 2013

Mekah & Madinah : tidur lah dimana-mana dengan lenanya....

assalamualaikum...

Rabu yang bisukah...susah jugak kalau bisu ini,tapi saya ni suka bercerita...kalau macam tu jom kita tengok gambar yang biasa kelihatan disekitar dimasjid Mekah dan Madinah...siapa yang pernah pergi mesti tahukan dan biasa lihat suasana seperti ini...

ini pemandangan ketika di depan kaabah sedang menunggu untuk solat magrib...masa ini dalam pukul 5.55 petang waktu di Mekah kalau di Malaysia lebih kurang dalam pukul 10.55 malam...

suasana santai begini biasa kelihatan di Mekah lebih-lebih lagi di kawasan Masjidil Haram...macam-macam ragam manusia dapat kita lihat disini...jom tengok gambar ini pulak...

dan disini jugak boleh tidur dimana-mana tanpa gangguan dari sesiapa pun...

ini rasanya 3beradik...tidur dengan lena disekitar dataran Masjidil Haram masa ini selepas solat subuh...sungguh nyenyak mereka tidur tanpa dihiraukan orang yang lalu lalang...tersentuh hati melihatnya tanpa tilam dan bantal empuk dan tidak pulak nampak ibu atau bapanya,kuasa Allah tiada pulak terpijak atau tercedera kanak-kanak ini, sebabnya orang ramai akan lalu ditempat ini jika mahu datang dan pulang dari masjid...tiba-tiba teringat anak-anak dirumah...

siapa yang pernah datang rumah Allah ini,rasanya sama jugakkan pemandangan persekiran di kawasan masjid ini kan sementara menanti masuk waktu subuh...tempat yang orang-orang tidur adalah tempat orang lalu lalang jika mahu masuk ke dalam Masjidil Haram...

ini tempat berkumpulnya burung-burung merpati...dan cuba tengok gambar dibawah ni.... 

dan disini jugak ada hamba Allah yang tidur dengan gaya santai ditempat laluan orang ramai menuju ke masjid...mungkin dia kepenatan selepas melakukan ibadat umrah sebab masih berpakaian dalam ihram...agaknya balik dari solat subuh dia dah kepenatan lalu tertidur disini...hanya Allah yang maha mengetahuinya...

ini pulak ketika berada di Madinah...ini adalah kawasan persekitaran masjid Nabawi yang sejuk di mata dan tenang dihati...payung terbuka mengembang ketika waktu siang hari...menjadi sejuk dan redup...

di rumah Allah ini sama jugak, tiada siapa akan ganggu jika kita sedang tidur...dan dimana-mana pun kita boleh melelapkan mata...ketika waktu malam...payung kelihatan kunyup ditutup...

 disini...kalau dah mengantuk kat sini pun boleh...

di tengah-tangah laluan orang ramai pun boleh jugak...

dan disini juga...tidur lah sepuas-puasnya tiada siapa yang menganggu kecuali bila masuk waktu solat anda akan dikejutkan untuk solat bersama-sama...

in shaa allah...tiada akan terpijak atau tercedera orang yang tidur ditengah-tengah laluan orang ramai tu tau...masa ambik gambar ini selepas solat subuh mungkin hamba allah ini letih dan mengantuk amat sangat terus terlena di laluan orang ramai keluar dari pintu masjid...

ramaikan...memenuhi ruang kawasan luar dimasjid Nabawi...ini bahagian lelaki...bahagian perempuan ramai seperti ini jugak..ini sahaja yang dapat saya kongikan pemandangan yang biasa akan dilihat sekitar masjidil Haram di Mekah dan Madinah di masjid Nabawi...kita sebagai hambanya boleh tidur dimana-mana dengan lenanya tanpa tilam dan bantal yang empuk..niat kita sama sahaja apabila berada dirumah Allah ini hanya mahu buat amal ibadat tiada kata nista dan mengata dihati dan lidah kita yang ada adalah satu keinsafan dan berbanyak-banyak buat amal ibadat agar segala amal ibadat kita lakukan  itu diterima oleh Allah...

Ingat ye..disana apa yang kita kata atau terlintas dihati, in shaa allah akan tertunai hajat itu...oleh itu berhati-hati tutur bicara tingkah laku dan kata-kata yang berdetik dalam hati kita ketika berada ditanah suci ini...datang rumah Allah ini tujuan kita adalah ingin melipatkan gandakan amal ibadat dan memohon keampunan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan...

In shaa allah akan bersambung lagi...chewahhh...., macam la ada orang nak baca...tak pe la sendiri karang sendiri bacakann...buat kenang-kenangan bila dah bercucu cicit nanti....terima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah baca dan tinggalkan sepatah dua kata di "rumah" ku ini yee...kita ni suka sangat baca komen dari kawan-kawan semua...jumpa lagi...






Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

33 comments:

  1. kalau dekat tmpt kita dah tentu kena langgar bila tdur kat tgh2 kan..
    Seronoknya sejuk mata memandang tgk masjid nie..

    ReplyDelete
  2. In sha allah...satu masa nanti OKje akan nampak pemandangan yg sama mcm yg AN nampak...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kabulkan la doaku utk sampai ke tempat sucimu ini.Sejuk je rasa tengok

    ReplyDelete
  4. seronoknye dapat tengok rumah Allah.. terasa tenang jer.. moga suatu hari nanti zura pon berpeluang untuk menjadi tetamu Allah~ amin~

    ReplyDelete
  5. bila lah agaknye dapat pijak tempat yang penuh dengan kemuliaan ini...

    ReplyDelete
  6. Seronok baca cerita Ain...Azi tunggu cerita selanjutnya tau...

    p/s Tengok depa tiduq , tenang aja..tak ada orang kacaukan...kalau kat tempat kita ni.....emmmmmmm...:)

    ReplyDelete
  7. mama sy ckp, time akk pegi ni dgr khabar nyer org malaysia yg pegi umrah 8k org...so bla tgk pic akk ni...no wonder la...

    ReplyDelete
  8. Of course ada yang baca.. he he.. che mid pernah terlelap di kawasan kaabah. Masa tu bukan dalam ihram, tapi menunggu seseorang.. punya lama tunggu sampai terlelap.

    Jadi paparazi pulak ya, ambil gambar orang tengah tidur.. something different yet interesting..

    ReplyDelete
  9. pengetahuan baru bagi saya...

    ReplyDelete
  10. kerinduan yg menggamit utk ke sana..in sha Allah suatu hari nnt..

    ReplyDelete
  11. Klu tidur suka2 camtu kat M'sia dah kn angkut p rmh kebajukan kan k.ain...hehe

    Teringinnyer sy jejak ke sana k.ain...InsyaAllah 1 hr nti.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah..rindu nya nak kembali ke sana..Rindu utk solat di Masjid Nabawi & Masjidil Al-Haram..Seronok & x tergambar..
    Sblm nih ppnh dgr ade org kata New York bdr org x tido..
    Tp pada aiza ke 2-2 masjid nih lagi lah..sentiasa ade org..pkul 2-3 pagi pon still ade yg buat umrah & solat..

    ReplyDelete
  13. Kat tempat kita bukan nak tido nak berhenti solat pun tengok2 pintu masjid berkunci. Kat luar tak pulak di sediakan telekung (ini kes emergency jalan2 tak bawak telekung).

    ReplyDelete
  14. ..mereka berada ditempat paling aman dan tenang didunia..tidur dgn lena biar pun cuma beralaskan lengan dan tanpa rasa ragu diapa-apakan...

    ReplyDelete
  15. depa yg tidor merata2 tu alahamdulillah dijaga olehNya, takder pula insiden org terpijak kan kak.
    masing2 letih beribadat

    ReplyDelete
  16. Assalam ain seronok dapat tengok gambar2 yang ain kongsikan

    ReplyDelete
  17. koleksi gambar gambar yg menarik! dlm semua gmbar tu, yg paling saya pelik ialah lelaki yg boleh tidur di kawasan tanah lapang byk burung merpati tu...:) nampak mcm dia ada bw sekali mini karpet sebagai alas...

    ReplyDelete
  18. seronok nyer tengok walaupun hanya gambo..kalau betol2 berada kat sana tak tahu lah guane perasaan kan..

    ReplyDelete
  19. ya allah x tergambar rasanya ...
    sejukkk mata melihatkan pic2 akak nie ... sayupp memanggil ..

    insyaallah saya memang nak kesana .. saya nak pergi ngan ibu dan ayah jika mereka panjang umur nanti .. aminnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  20. Jumaah malaysia selalu tidak tidur merata, Mungkin kita dah diajar begitu dari semenjak kecik lagi terutama wanita.

    Cantik gambar2 yang diletakkan.

    ReplyDelete
  21. acu pun kekadang tido gak kat tempat solat depan kaabah tu..hehehe

    ReplyDelete
  22. teringinnya kak ain sy nak ke sana. In sha Allah ada rezeki satu hari nntikan..

    ReplyDelete
  23. mereka tu kadang2 travel jauh untuk datang, bukan ada pakej siap hotel siap makan. ada satu peristiwa pada umrah 2011. saya dan suami makan roti nan dan daging kemma (kari daging kecil2 bersama mix vege). lauk kemma tu tak habis (perangai di m'sia dibawa ke sana). ada hamba Allah ni datang ke meja kami dan minta izin bungkus kemma dalam pinggan kami tu. Ya Allah ain, saya rasa terpukul dengan peristiwa itu. ia benar2 menyentuh perasaan saya.

    ReplyDelete
  24. suka tgk pic2 ni !

    ReplyDelete
  25. Ya Allah, rindunya tengok gambar2 ni..dah 4 berlalu tapi rasa macam baru semalam pulang dari Madinah..

    ReplyDelete
  26. teringin nak ke sana.. insya-Allah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  27. salam kenal ain.. emmm cikda yang belum pernah jejakkan kaki ke sana amat beruntung kerana dpt cuci mata di blog ain nih.. ceritalah lagi..

    memang sejuk mata memandang kan..

    ReplyDelete
  28. Oh...camtu ya kat sana. Mmg biasa org tido merata.
    Nasib awak share cerita begini, sbb tak pnah baca kat memana lagi. Boleh share pglmn.

    ReplyDelete
  29. Kat mekah tito merata tempat takde yang langgar gelagat macam2 kita tengok.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum...terima kasih ye pada yg sudi tinggalkan komen,maaf ye kawan2 yg disayangi saya tak sempat nk balasnya...chewahhh macam la wakil rakyat dia punya sibukkannn....

    Sebenar line tenet tak berapa sihat meragam jer...tu yg asik tengelam timbul jer kita nii...

    Suasana mcm tu mmg biasa kelihan di sana...mungkin diarang tiada tempat tinggal ketika dtg buat amal ibadat atau pun tpt hotel mereka ni jauh sedikit jd balik hotel bila perlu jer...

    Bersyukur la kita mempunyai tempat penginspan yg selesa dan dekat mudah untuk kita berulamg alik ke masjid...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini