18 November 2013

bila dapat berita ini...

assalamualaikum...


Jumaat malam selepas solat isya’…aku dapat berita yang tidak enak didengar dari suamiku…rasa nak terduduk dan lemah rasa sendi-sendi seluruh badanku ini…berat kita mendengar nya ,lagi berat bagi orang yang menghadapi dugaan itu kann…

Termenung seketika bila mendengar khabar berita itu…tiba-tiba aku terbayang wajahnya kakak iparku yang sangat ceria dan suka membuat orang-orang sekelilingnya gembira. Sekarang ini dia sedang menhadapai dugaan yang hebat, kita sebagai insan yang paling hampir akan cuba member sokongan moral yang secukupnya supaya dia jangan bersedih jangan ada gangguan perasaan, kena kuat semangat. kalau aku la berada ditempatnya…Ya Allah tak tahu nak bayangkan hati dan perasaan ini…mungkin rasa dunia ini gelap seketika…lepas tu kita kena bangkit dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit itu.

En suamiku cuba bagi nasihat pada kakaknya itu sebaik yang mungkin, en suami pun rasa tak sampai hati apabila mendengar  suaranya di telefon, sebab suaranya rasa sayu dan rasa susah hati mungkin macam-macam benda yang SIL fikirkan…kami hanya mampu suruh dia bersabar dan terus bersabar kuatkan semangat sebab SIL baru saja dapat tahu ada kanser tahap pertama, penyakit yang paling ditakuti oleh setiap wanita…Inshaa Allah setiap penyakit ada ubat dan penawarnya…lagi pun baru peringkat awal lagi…Inshaa Allah kita mampu berusaha dan bertawakal pada Allah semoga dipermudahkan segala-galanya segala usaha yang kita lakukan itu…

_____________________________________________________


Kebetulan ada kawan email hari rabu minggu lepas sepotong doa, sama-sama la kita amalkannya…

UNTUK PENYEMBUH PENYAKIT KANSER, KENCING MANIS YG KRITIKAL DAN LAIN-LAIN PENYAKIT JUGA SEBAGAI ANTI BIOTIK BAGI YANG BELUM DITIMPA PENYAKIT

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

MAKSUDNYA :-

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
 




Terima Kasih Sudi Follow Dan Komen Sekadar Satu Coretan

25 comments:

  1. Syafakillah untuk SIL kak ain ...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Kena bagi sokongan moral..
    Bantu apa yg termampu..
    Dapatkan rawatan moden...dan ikhtiar juga cara Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kene bg sokongankan Dr. DZ, hari tu masa col suara dia mcm down sangat.
      Hari selasa ni SIL akan pergi hospital buat checkup selanjutnya...inshaa Allah akan diusahakan dua2 rawatan tersebut...

      Delete
  3. Allah kak....lieya pun terduduk bace...same2 paham perasaan die....moga kakak akak kuat yeak...kite doa yg terbaik...dan moga segala rawatan yg akan dijalani berjalan lancar....in sha Allah...

    ReplyDelete
  4. sama2 bagi sokongan
    semoga beliau kuat melawan penyakit itu
    sama2 kita doakan

    ReplyDelete
  5. Kalau kita yg mendengar pun rasa tergugat apa lagi yg punya diri Ain. Kemampuan kita sekadar mendoakan dan memberi sokongan kekuatan padanya. Moga ada kesembuhan..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah besar dugaan buatnya....moga SIL tabah menghadapinya...sama-samalah kita berdoa

    ReplyDelete
  7. kita sama2 berdoa ye, yg penting sokongan dr family dan org terdekat.....akk minta izin share doa tu kat blog akk ye..thnx

    ReplyDelete
  8. Semoga SIL akak tabah menghadapi dugaan dari Allat SWT ini,semoga dia akan sembuh.

    ReplyDelete
  9. as salam kakak ain...
    yan yg baca pun dah rasa luluh hati dan lenguh lutut...inikan plak kakak ain...semoga semua ahli keluarga tabah dan SIL kakak ain redha dan dapat diubati kansernya...amin...

    ReplyDelete
  10. Inna lillah... Semoga Allah memberikan dia kekuatan dan kemudahan

    ReplyDelete
  11. sungguh berat dugaan. Syafakillah pada SIL. semoga tabah.

    ReplyDelete
  12. Aduhai...kecut perut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Sy yg takde kena mengena pun, terasa tempias. Cuma doa yg dpt dititipkan. Moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  13. mmg betul.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikulkan... moga akak sekeluarga tabah..

    ReplyDelete
  14. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..mendengar berita nih pon dh rasa laen macam..moga akk sekeluarga tabah & dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  15. Tak terkata. Moga di beri kekuatan kepadanya untk meghadapi ujian ini. Insyaallah...

    ReplyDelete
  16. Jangan biarkan SIL Ain berada dalam kemurungan dn bersedih sebab akan cepat merebakkan sel kancer..insyallah sekarang dah banyak rawatan di hospital2 kerajaan..kawan ofis akak kena tahap awl..dah buat opertion buang ketulan tu..sekarang nampak dia ok dah..masa mula2 tahu dulu memang dia down sgt2..

    ReplyDelete
  17. apa yg kita boleh buat... bg dia semangat, masa2 depannya penuh dgn kemurungan..so, gembirakanlah dia semoga dpt melegakan perasaan tersebut dari melayani penderitaan tersebut.

    ReplyDelete
  18. moga SIL ain tabah hadapi segalanya.....

    ReplyDelete
  19. Semoga SIL tabah & mudah2an masih ada peluang & jln utknya sembuh.. Aamiin...

    ReplyDelete
  20. keluarga sebelah ayah saya memang kebanyakannya pesakit kanser. saya faham "kebimbangan" ain dan suami. tapi..kalau baru tahap pertama, in sha Allah. teruskan rawatan kerana ayah saya yang dikesan sejak awal kanser sudah 13 tahun mengharunginya (dikesan pada 2000) dan hari ini dia berada di Sabah mengikut jemaah 40 hari di usia 72 tahun!

    ReplyDelete
  21. moga SIL kak Ain akan pulih dari penyakitnye. Amin~

    ReplyDelete
  22. moga SIL trus tabah dn kuat hadapi dugaan

    ReplyDelete
  23. Betul AN sapalah tak susah hati dapat dugaan macam tu...moga ada jalannya nanti

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
©Copyright2013 | ALL Right Reserved toAin Noraini